Sejak kebelakangan ni, pihak pengurusan gemar mengambil pelajar universiti sebagai tenaga kerja sementara. Maka bertambah ramai lah orang-orang yang lebih muda dari aku. Bahagian pejabat aku dikenali sebagai Tekno-lab, baru mengambil seorang lelaki menjadikan pasukan ini enam kesemuanya. I don't feel so special anymore.
Sebelum ini boleh dikatakan aku lah yang paling muda, remaja dan fun. Yeah anda boleh bayangkan betapa tidak fun nya komuniti aku, haha takdelah mereka okay sebenarnya. Bila ada budak-budak baru ni, aku rasa agak janggal. Rimas. Tak selamat. Terasa posisi aku tergugat. Mana tahu mereka ni lebih pandai atau lebih berkemahiran dari aku? Mana tahu mereka ni lebih mudah bergaul dan lebih pandai menyesuaikan diri dalam segala situasi panik berbanding aku? Mana tahu mereka ni suka membuat laporan khas berkenaan aktiviti selain kerja yang aku dan rakan-rakan selalu lakukan? Argh!
Hmm, aku memang suka terlebih berfikir bukan? Tak mungkinlah mereka nakal begitu, takde maknanya kalau disini. Cuma satu saja yang aku paling ralat sekali...
Mereka memanggil aku kakak..
Oh tuhan, tua sangat ke aku ni?
kak sal, bleh mintak tolong? ;;)
ReplyDeleteakak tak sanggup dik.
ReplyDelete>.<