Teringat aku ada satu ketika, seorang rakan memperkenalkan aku kepada seseorang sebagai peminat muzik. Aku terfikir sejenak, eh betul ke description kau tu? Hmm... Memperkatakan aku seorang peminat muzik seolah-olah menyatakan bahawa ia adalah trait utama aku. Like i'm born with it. Aku rasa seperti kurang tepat. Aku meminati muzik kerana ia membawa makna, atau kerana ia menenangkan aku, atau kerana lagu latar filem itu best. Hanya kerana itu. Aku tidak obses kepada muzik.Don't get me wrong, it's a healthy obsession my love, i know. Aku pun kadang-kadang kagum dengan passion yang ada pada peminat muzik yang aku kenal. Salah satu kelemahan aku, aku lack passion dalam apa yang aku minati. Tak ada satu pun yang benar-benar menawan jiwa aku, mungkin fotografi la.. Sedikit demi sedikit memakan jiwa, in a good way :)
Aku.. aku suka itu. fotografi.
Aku suka ini. muzik.
Aku suka sana. buku-buku.
Aku suka sini. arts.
Tapi aku tiada passion jadi tiada satu pun yang aku benar-benar enjoy lakukan. Kesemuanya setara. Graf mendatar. Teringat kenangan digelar Daria melekat pada aku satu ketika dulu. Tak kelakar langsung. Hmph. Semuanya kerana permainan bola tampar yang aku sertai setiap petang di Semesti. Bola dah terkeluar gelanggang beb, aku nak buat macammana? Tapi pernah seorang rakan bernama Farha membuat statement bahawa aku boleh berlakon teater kerana muka aku yang multi expression. Ya kah? Macam tak percaya je. Mana Farha ya sekarang? Aku rindu dia.. Aku rindu Semesti.
Aku bukanlah orang yang sama dengan aku sepuluh tahun lepas, dulu aku tiada cita-cita. Tiada keinginan untuk berjaya. Aku tak mampu membayangkan diri aku sebagai seorang doktor, arkitek atau jurutera (cita-cita klise kanak-kanak sekolah berasrama penuh?).. Cuma aku enggan membayangkan aku menjadi orang tanpa nama, a nobody, therefore I strived. Mungkin aku agak kompetitif, sedikit lah. But still, here I am.. a nobody. A nobody yang mempunyai cita-cita untuk membuka sebuah perniagaan sendiri satu hari nanti. Meninggalkan pekerjaan 'behind-a-desk' ini, yang cuma dilakukan separuh hati. Tanpa makna tanpa rasa. Dilakukan untuk survival. Wang yang masuk setiap hujung bulan. Nantilah.. Aku pastinya aku akan membuka a shop of my own. Yang ini, aku boleh bayangkan... heh.
Berangan memang #1.
You may say that I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will be as one
-John Lennon
No comments:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)