Masa aku pulang ke kampung tempoh hari, aku berjaya membawa pulang beberapa barang antik kepunyaan bonda dan ayahanda. Penat berpeluh-peluh aku mengusik gerobok di bilik belakang, akhirnya aku membawa pulang seplastik penuh negatif gambar-gambar lama, beberapa helai skirt/kain labuh bonda, album lama yang terkandung gambar ayahanda dan bonda ketika muda dan gambar-gambar perkahwinan mereka. Ayahanda segak memakai wayfarer dan berkot dan bonda tunduk ayu di atas pelamin. Aku rasa muka aku paling menyerupai bonda ketika muda berbanding kakak-kakak aku. Eheh. Walaupun aku lah anak perempuan yang paling gelap sekali dan bonda cerah pula tu. Warna kulit ikut ayahanda :), sawo matang. Bila bonda nampak baju-baju lama dia di ampaian balkoni, kecoh mulut "buat ape lah pulak baju-baju lama orang tu...?". Aku buat-buat tak dengar je hehe.
Sehelai skirt aku dah hantar ke Alan Alter Jeans, yang menyambut aku bukan Alan tapi orang lain. Kerek dan bagi harga mahal. Hmph. Aku potong jeans skinny Miss Selfridge jadi seluar pendek paras lutut dan ingin mengubahsuai dua skirt bonda. Tapi sehelai tu tak mempunyai zip dan perlu diubahsuai banyak sehingga mahal upahnya, jadi aku cuma ubahsuai sehelai saja. Yang berwarna perang berombak-ombak. Honestly, aku suka memakai skirt sekarang. Sebab itu aku sanggup membawa kain labuh yang bonda pakai tahun 70-an & 80-an dulu.
Negatif-negatif gambar tu masih bersepuk dalam plastik merah yang sama sejak 2 minggu lepas. Masih belum aku susun dan hantar ke kedai gambar untuk develop. Mungkin nanti saja kerana aku pun dah kemiskinan. Semalam menghantar dua roll filem untuk dicuci, kedua-duanya hasil smena8m aku. Aku pesan pada tuan kedai, jangan buat color correction ya. Harap-harap menjadi la gambar-gambar Smena ni. Tak sabar rasanya! Lagipun, aku harap semakin kerap aku ke kedai itu dapatla diskaun walau sedikit.
Ah, satu berita sedih dan mengecewakan! Satu lagi Smena8m yang ditunggu-tunggu dah pun tiba tapi...... pecah :'( Aku tak sanggup nak bercerita lagi tentang Smena yang pecah tu, masih lagi berbungkus lepas disimpan semula. Terpaksa lah aku pulangkan kembali wang cecima. Maaf ya, aku pun sedih sangat memikirkannya.
Aduh, penat pulang dari Teluk Batik masih berbekas.. kerja pulang menimbun minggu ni. Letih!
Anyway, ahli baru hidup aku:
K530i ni telah menggantikan telefon bimbit yang aku pakai sejak 3-4 tahun lepas. Sayang juga nak jual tapi ianya satu pelaburan ke atas teknologi jadi aku succumb. Eheh.. Maka habislah wang simpanan untuk jam tangan baru digunakan ke arah telefon bimbit ni. Mungkin satu hari nanti sajalah...
Alan taylor..
ReplyDeletehmm,kt s15 bangi tu ke?
huhu..
yep.
ReplyDelete