Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

dah kena jangkit

Sweet mother of bambis and ducks!

I have eternally forgotten how freaking nice it is to be shopping 'offline'! Also, I forgot a few items that I thought I would get back to which I didn't and now I can't stop thinking about them. Especially because they are all dirt cheap!

Aku dah lebih sebulan dua atau mungkin lebih dari itu tidak membeli-belah online kerana aku rasa sekali tergigit selama terjangkit (cewah). Bulan lepas, duit bonus banyak aku habiskan ke arah kamera-kamera plastik aku. Baju sehelai pun tak beli. Aksesori atau kasut tak dipandang langsung. Kesimpulannya, almari baju aku kekal sahaja begitu sepanjang bulan. Harini disebabkan keterpaksaan, aku melangkah ke Midvalley. Tak bertemu dengan bonda mahupun adam kerana mereka rupanya dah bergerak ke kenduri kahwin. Itulah padahnya dropping in without telling. Kalau jejaka botak tahu, mesti dia ketawa kemudian memberi nasihat panjang. Sempat bersua dengan Adrina saja kerana dia demam lalu ditinggalkan bersama pasangan mertua kakak aku.

Mula-mula aku cuma ingin ke kedai-kedai wajib sahaja iaitu the hightstreet stores & kedai kasut keluaran tempatan tapi lepas tu aku berulang-ulang kali datang kerana membanding harga (memang peelnya begitu). Seronok juga jalan berseorangan kerana tak perlu risaukan orang risaukan kita atau tak perlu bertanya pendapat orang, tepok dada tanya selera saja. Bila dah berpuas hati, aku pun membuat transaksi. Fuh best weh! Tapi lepas bertemu gadis comel penjual sandal gladiator, aku cuma berjalan tanpa tujuan. Bila berjalan tanpa tujuan cepat pula terasa penatnya. Haih sehingga terlupa sandal ala Steve Madden yang aku temui tu. Rasa macam nak dapatkan esok juga! Tren penuh pun gua dah tak kisah lah! Heeee...hmmm tapi esok ada rancangan lain. Harapnya di tempat yang aku pergi esok ada sandal itu.

Nak lihat sandal gladiator kontroversi itu? Aku memakainya di rumah sepanjang malam :P
Ignore saja si Elmo pemberian kanak-kanak di pejabat. Elmo bersalut rantai mutiara 4-tier RM6 dari Diva. Oh yeah bebeh, you doin' it rite ;)

sabtu yang sunyi

Rasa sungguh malas untuk kemana-mana. Lagi pula tanpa berteman, nampak gayanya semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Sue Mei Ling dan Miss Tino ke Singapurr, C ke Cameron bersama famili, F ke kenduri perkahwinan di Kluang, gadis pergi ke Perak untuk kenduri juga... Haih, maka tinggallah aku terkedek-kedek ke sana ke mari mengharung pengangkutan awam bersendirian. Yang paling malas aku perlu lakukan adalah bertemu si penjual sandal yang tersalah hantar saiz kepada aku untuk membuat pertukaran, dag nammit i'm so furious!

Selesai bertemu bonda sebentar nanti, makan tengahari bersama si kecil Adam dan famili aku, aku akan bergerak ke pusat membeli-belah untuk berjumpa si penjual barangan online. Bagus juga sebenarnya, dapat lah aku meninjau keadaan jualan mega yang ada..? Cuma agak sunyi berjalan keseorangan.. haih, tengoklah nanti bagaimana.

Tennessee Williams once wrote: When so many are lonely as seems to be lonely it would be inexcusably selfish to be lonely alone.

john lennon ajak imagine la

Teringat aku ada satu ketika, seorang rakan memperkenalkan aku kepada seseorang sebagai peminat muzik. Aku terfikir sejenak, eh betul ke description kau tu? Hmm... Memperkatakan aku seorang peminat muzik seolah-olah menyatakan bahawa ia adalah trait utama aku. Like i'm born with it. Aku rasa seperti kurang tepat. Aku meminati muzik kerana ia membawa makna, atau kerana ia menenangkan aku, atau kerana lagu latar filem itu best. Hanya kerana itu. Aku tidak obses kepada muzik.Don't get me wrong, it's a healthy obsession my love, i know. Aku pun kadang-kadang kagum dengan passion yang ada pada peminat muzik yang aku kenal. Salah satu kelemahan aku, aku lack passion dalam apa yang aku minati. Tak ada satu pun yang benar-benar menawan jiwa aku, mungkin fotografi la.. Sedikit demi sedikit memakan jiwa, in a good way :)

Aku.. aku suka itu. fotografi.
Aku suka ini. muzik.
Aku suka sana. buku-buku.
Aku suka sini. arts.

Tapi aku tiada passion jadi tiada satu pun yang aku benar-benar enjoy lakukan. Kesemuanya setara. Graf mendatar. Teringat kenangan digelar Daria melekat pada aku satu ketika dulu. Tak kelakar langsung. Hmph. Semuanya kerana permainan bola tampar yang aku sertai setiap petang di Semesti. Bola dah terkeluar gelanggang beb, aku nak buat macammana? Tapi pernah seorang rakan bernama Farha membuat statement bahawa aku boleh berlakon teater kerana muka aku yang multi expression. Ya kah? Macam tak percaya je. Mana Farha ya sekarang? Aku rindu dia.. Aku rindu Semesti.

Aku bukanlah orang yang sama dengan aku sepuluh tahun lepas, dulu aku tiada cita-cita. Tiada keinginan untuk berjaya. Aku tak mampu membayangkan diri aku sebagai seorang doktor, arkitek atau jurutera (cita-cita klise kanak-kanak sekolah berasrama penuh?).. Cuma aku enggan membayangkan aku menjadi orang tanpa nama, a nobody, therefore I strived. Mungkin aku agak kompetitif, sedikit lah. But still, here I am.. a nobody. A nobody yang mempunyai cita-cita untuk membuka sebuah perniagaan sendiri satu hari nanti. Meninggalkan pekerjaan 'behind-a-desk' ini, yang cuma dilakukan separuh hati. Tanpa makna tanpa rasa. Dilakukan untuk survival. Wang yang masuk setiap hujung bulan. Nantilah.. Aku pastinya aku akan membuka a shop of my own. Yang ini, aku boleh bayangkan... heh.

Berangan memang #1.

You may say that I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will be as one
-John Lennon

mara ke hadapan yuk!

Seawal pagi, panggilan telefon dari Unknown.

Jantung aku membuat lompatan mengejut. It's him! Saat aku mendengar suara itu aku dah mengenalinya. Segala kerunsingan, kerinduan, kerisauan dan sebagainya lenyap seketika. Lega yang amat. Dapat juga aku mendengar suara yang biasanya terakhir aku dengar waktu malam mengucapkan selamat malam, dan pertama ku dengar setiap pagi bila mengejutkannya melalui telefon. Corny nyah? Pape je lah ye.

It is an undeniable fact that sometimes in life, we tend to take things for granted and forget what we should cherish most. Until, it is taken away.

Aku rasa aku dah bersedia. Kami ada berbincang mengenainya, ya know moving on to the next stage (sebelum dia berlepas ke Jepun). Walaupun ianya tak lah perbincangan sangat, ia lebih kepada;

Awak dah ready?
Yep *blushing*
Awak rasa Naz dah ready?
Yep *blushing*
Awak rasa we are ready?
*pause* Yep *gleefully smiled*

Yeah, nantikan berita mengenai kami mungkin hujung tahun ini?

p/s: Bonda dah siap memberitahu saudara-mara mengenai pertunangan kami sejak awal tahun lagi, mana dia tahu ya? Walaupun aku membantah habis-habisan kerana belum bersedia (financially+) secara emosi, tapi sekarang dah berubah pula. Moms are really something huh?

EDIT: tak sangka mendapat sambutan hangat dari rakan taulan. trimas trimas. yang menghulurkan sumbangan pun ada, haha. thx budak master ;). kalau yang lain pun nak hulur boleh jugak :P 164017131674 maybank account. ahahahhahahhaha.

kucing kucing kucing kucing

Malam semalam aku mimpi aku adopt/beli anak kucing kat pet shop. Pasti langkah aku melihat semula gambar kitties di handphone sebelum tidur terbawa-bawa hingga ke mimpi. Gambar kucing di atas diambil di sebuah pet shop di Giant Taman Connaught, Cheras hari Jumaat lepas. Comel gila nak mampus. Seekor lagi yang warna putih tu sakit mata, kasihan dia. Kedua-duanya eager untuk dibelai, menonjolkan kepala bila aku menghulurkan jejari di celah besi sangkar. Such a qt!

Aku terlupa untuk bertanyakan harga kerana yang sebenarnya aku pasti tak akan boleh membawa mereka pulang. Sebab-sebabnya:
1) Aku hampir senantiasa tiada di rumah, agak kejam meninggalkan kucing kesunyian.
2)Aku tinggal di tingkat 3, ada balkoni, ada tingkap terbuka. BERBAHAYA!
3)Si gadis macam tak berapa suka kucing... :'(

Jadi kerana itu, aku tak sabar to get fucking married dan tinggal di rumah sendiri supaya aku boleh fucking own a cat. Yeah, si dia dah bersetuju. Walaupun dia meletakkan syarat bahawa aku akan pegang tanggungjawab penuh untuk memberi makan, memandikan, membuang tinja si kucing.. aku bersedia dan tak sabar lagi dah!

Dah sampai terbawa ke mimpi ni!

neraka terakhir

Bangga sekejap, AKAB bertanya aku melalui facebook IM samada mahu membaca blog terbaru atau tidak. Sudah semestinya jawapannya YA!

Terima kasih :). I'm very honored..

renjis rejis dipilis, ditepungi lah tawar!


Majlis perkahwinan Puan Farah Natasha di Desa Jenaris, Kajang.
Puteri ke-3 dalam 14th batch ditabalkan menjadi isteri orang. Tak pula aku sangka aku turut serta dalam konvoi dimana bekas kekasih pun ada sama. Aku menjadi agak awkward. Tambah pula jejaka botak menemani aku, dia pun merasa terasing berada dengan rakan-rakan ada antaranya lebih sepuluh tahun tak berjumpa. Kasihan jejaka botak.

Tapi seronok juga dapat bertemu mereka setelah sekian lama. Ada yang makin berisi, makin kurus, makin tinggi, makin comel. Hahaha macam-macam lah. Cuma terkilan sikit tak sempat bersembang panjang dengan sang pengantin baru. Yang kelakarnya gelagat adik comel pengantin, petah melayan tetamu. Sebiji macam kakaknya! Hahahaha.

Sibuk sungguh minggu lepas. Kerja separuh hari, bergegas ke majlis perkahwinan. Kemudian berkejar ke Midvalley untuk mendapatkan kadar tukaran RM→¥ yang paling menguntungkan(khabarnya). Oleh kerana jejaka botak harus bergegas ke Jepun, tidak sempat untuk menguruskan cash advance dari kompeni. Wang sendiri terpaksa dikeluarkan untuk kos hotel dan makan. Tapi dia dapat tinggal di Tokyo, di hotel yang sangat menarik! Serius aku cemburu! Hmph. Selesai urusan di Midvalley, bergegas pula ke KLCC untuk mendapatkan benda ni di Sony Style. Benda tu cuma dijual di Sony Style KLCC saja? Adoi, tak efisien langsung. Pengguna PSP di luar sana, anda tahu kan mengenai teknologi Skype PSP? Paling berguna jika anda berada di luar negara kerana panggilan telefon adalah 1 sen (atau kurang) per minit. Bloody murah! Cuma perlukan rangkaian internet wayarles (wifi).

Pulang dari KLCC, bergerak ke Seri K untuk melawat bonda di rumah kakak. Bonda belikan jua wangian untuk aku! Mengejutkan! Walaupun tersalah jenama tapi tak mengapalah, it's the thought that counts. Terima kasih bonda :). Sayang bonda! Bergurau senda dengan adam the nephew yang tidak mahu melepaskan pelukan di tengkuk aciknya ni tika mahu pulang. Rindu pula.. Haih~

Memang penat.. tapi tak mengapa. Asal selesai segala urusan.

p/s: Tahniah kepada Khairul Azmi atas konvokesyen hari ini!

bila awak takde


Jadi yeah, jejaka botak dah pun berlepas ke negara matahari terbit untuk menjalani training berkenaan kerjanya. Dia mungkin berada di sana selama dua hingga tiga minggu! Argh lamanya. Aku tak lah kisah sangat dia pergi ke sana (walaupun ye lah irihati sedikit kan), tapi berita bahawa dia dipilih untuk pergi ke sana hanya diterima hari Khamis lepas. The thought hasn't really sink in :'(

Aku cuma membekalkan dia buku yang aku beli di MPH dulu, dan kamera digital Nikon ku. Dan oh ya, Smena 8m pun turut mengikut dia terbang. *sigh*

Ah tak ada mood lah nak menulis.

Wish List


NINE WEST HEECH HEELS dalam kedua-dua warna.


i'm all a girly girl inside.
Sila hadiahkan saya?
Birthday saya dua bulan 29 hari lagi :D

si kucing degil

Aku baru mendapat tahu bagaimanakah cara untuk menerbitkan entri di blogger menerusi telefon bimbit baru ku. *gelak jahat* Kemudian tadi aku cuba menukar template blog, terlupa pula aku belum bookmark kebanyakan blog yang aku gemar kunjungi. Ah damn!

Bonda dah pulang dari Jeddah. Tapi tiada siapa yang berada di lapangan terbang untuk menyambut bonda ketika ketibaannya. Sedih juga. Sebenarnya abang ipar aku seharusnya berada di sana tapi dia perlu menyelesaikan urusan di Putrajaya dan ke masjid dahulu sebelum boleh mengambil bonda. Aku harap bonda tak berkucil hati :{

Semalam masa aku pulang ke rumah, ada seekor kucing kecil di tangga. Dia mengiau-ngiau. Aku pasti dia lapar. Aku terus keluarkan bungkusan friskies kecil yang aku simpan di rumah (beli dahulu kala semata-mata untuk feed kucing yang aku terjumpa di tengah jalan) dan taburkan sikit di atas katalog tesco yang berlambak. Aku hulur kepada meow tapi dia takut dan mengiau lebih kuat. Lompat turun, lompat turun si kucing. Aku putus asa. Aku letakkan saja di sudut tangga, hopefully dia akan menikmati hidanganku nanti..

Bila pagi aku bergerak turun untuk ke tempat kerja, friskies tak berusik dan si kucing pun dah turun ke tangga bawah. Aku ambil friskies tersebut dan letakkan disisinya. Nasib baik keadaan tangga yang suram menyebabkan ia tidak sedar kehadiran aku sehingga benar-benar rapat. Jika tidak, pasti lari lagi...

Haih, meow meow..

Test





EDIT: this post wast written & published using Sony Ericsson K530i.

ddddaily shits

Fuh *lap peluh*

Terlampau sibuk aku dua tiga hari ni. Sehingga tak sempat nak melepaskan penat lelah sikit pun di meja kerja. Minggu ni aku memang agak sibuk dengan pelbagai event berkaitan kerja. Segalanya mesti dipastikan siap dan teratur rapi, confirm and double confirm. Takut juga seandainya aku membuat kesilapan, brutal padahnya.

Sabtu ni pula hari bekerja sempena menggantikan cuti isnin lepas, kawan sekolah aku bakal bersanding di hari tersebut. Aku mungkin akan mengambil cuti separuh hari untuk menyaksikan gadis itu ditabalkan sebagai isteri orang. Kajang je, dekat sangat. Rugi kalau tak pergi.

Malam semalam aku terjaga dari tidur dek jeritan dan sorakan peminat bola. Terkejut besar aku, sebab secara tiba-tiba sahaja bunyi kuat tu menerpa dari tingkap bilik yang terbuka luas. Aku tengok jam, baru 3:33 pagi. Potong betul! Tengok-tengok aku tak boleh melelapkan mata. 3:50, 4:15, 4:50. Sehinggalah para peminat bola pulang ke rumah masing-masing tatkala permainan tamat, barula keadaan sunyi kembali. Aku tak perlu dengar radio, layari internet atau buka televisyen untuk mengetahui keputusan permainan. Jeritan mereka sudah cukup. Tidur-tidur ayam, aku mimpi yang server aku set-up hari ini ada masalah. Cuak dibuatnya. Mimpi lagi. Aku mimpi aku menulis blog yang menyatakan aku sudah bersedia, sudah bersedia untuk ditunangkan. Mungkin ada benarnya di situ. Hmm...

Macam mana pun, jejaka botak bakal meninggalkan aku ahad ni.. :'(
Terpaksa aku hidup berdikari sorang-sorang. Memang dah tiba masanya aku belajar memandu ni kan?

Le sigh..

try try trial

Cobaan!

Roll pertama Smena yang mengandungi foto di Pudu Plaza, Dataran Merdeka, Annexe, Malaysian Naive Artshow, bits & bobs of my room dll menjadi blank kerana terexpose pada cahaya. Dammit, sepatutnya aku lebih arif tentang hal-hal begini! Shit, aku patut belajar lebih bersabar kerana sifat aku yang tak sabar ni lah aku menukar roll tu dalam kereta bergerak dalam beg tangan. f.t.s!

Ah bencilah!

ddddaily shits + k530i

Masa aku pulang ke kampung tempoh hari, aku berjaya membawa pulang beberapa barang antik kepunyaan bonda dan ayahanda. Penat berpeluh-peluh aku mengusik gerobok di bilik belakang, akhirnya aku membawa pulang seplastik penuh negatif gambar-gambar lama, beberapa helai skirt/kain labuh bonda, album lama yang terkandung gambar ayahanda dan bonda ketika muda dan gambar-gambar perkahwinan mereka. Ayahanda segak memakai wayfarer dan berkot dan bonda tunduk ayu di atas pelamin. Aku rasa muka aku paling menyerupai bonda ketika muda berbanding kakak-kakak aku. Eheh. Walaupun aku lah anak perempuan yang paling gelap sekali dan bonda cerah pula tu. Warna kulit ikut ayahanda :), sawo matang. Bila bonda nampak baju-baju lama dia di ampaian balkoni, kecoh mulut "buat ape lah pulak baju-baju lama orang tu...?". Aku buat-buat tak dengar je hehe.

Sehelai skirt aku dah hantar ke Alan Alter Jeans, yang menyambut aku bukan Alan tapi orang lain. Kerek dan bagi harga mahal. Hmph. Aku potong jeans skinny Miss Selfridge jadi seluar pendek paras lutut dan ingin mengubahsuai dua skirt bonda. Tapi sehelai tu tak mempunyai zip dan perlu diubahsuai banyak sehingga mahal upahnya, jadi aku cuma ubahsuai sehelai saja. Yang berwarna perang berombak-ombak. Honestly, aku suka memakai skirt sekarang. Sebab itu aku sanggup membawa kain labuh yang bonda pakai tahun 70-an & 80-an dulu.

Negatif-negatif gambar tu masih bersepuk dalam plastik merah yang sama sejak 2 minggu lepas. Masih belum aku susun dan hantar ke kedai gambar untuk develop. Mungkin nanti saja kerana aku pun dah kemiskinan. Semalam menghantar dua roll filem untuk dicuci, kedua-duanya hasil smena8m aku. Aku pesan pada tuan kedai, jangan buat color correction ya. Harap-harap menjadi la gambar-gambar Smena ni. Tak sabar rasanya! Lagipun, aku harap semakin kerap aku ke kedai itu dapatla diskaun walau sedikit.

Ah, satu berita sedih dan mengecewakan! Satu lagi Smena8m yang ditunggu-tunggu dah pun tiba tapi...... pecah :'( Aku tak sanggup nak bercerita lagi tentang Smena yang pecah tu, masih lagi berbungkus lepas disimpan semula. Terpaksa lah aku pulangkan kembali wang cecima. Maaf ya, aku pun sedih sangat memikirkannya.

Aduh, penat pulang dari Teluk Batik masih berbekas.. kerja pulang menimbun minggu ni. Letih!

Anyway, ahli baru hidup aku:



K530i ni telah menggantikan telefon bimbit yang aku pakai sejak 3-4 tahun lepas. Sayang juga nak jual tapi ianya satu pelaburan ke atas teknologi jadi aku succumb. Eheh.. Maka habislah wang simpanan untuk jam tangan baru digunakan ke arah telefon bimbit ni. Mungkin satu hari nanti sajalah...

Teluk Batik Trip

"P.E.N.A.T"



Genting Highland Trip Ogos 2007,
Teluk Batik Trip May 2008 (hujung minggu lepas),

(lebih hitam dari biasa)

Perbezaan antara tahun ini & tahun lepas:
- Dua hingga tiga kilogram lebih berat
- Lebih banyak rambut
- Lebih banyak mulut (aku teramok kecil ketika permainan orang dewasa berlangsung, pada bos lak tu)
- Lebih usia, sob sob sob li...
- Dan harapnya lebih waras dan matang berbanding tahun lepas. Harapnya..

Gambar selebihnya akan dimuatnaik kemudian...

Kakak? Do Not Want!!

Sejak kebelakangan ni, pihak pengurusan gemar mengambil pelajar universiti sebagai tenaga kerja sementara. Maka bertambah ramai lah orang-orang yang lebih muda dari aku. Bahagian pejabat aku dikenali sebagai Tekno-lab, baru mengambil seorang lelaki menjadikan pasukan ini enam kesemuanya. I don't feel so special anymore.

Sebelum ini boleh dikatakan aku lah yang paling muda, remaja dan fun. Yeah anda boleh bayangkan betapa tidak fun nya komuniti aku, haha takdelah mereka okay sebenarnya. Bila ada budak-budak baru ni, aku rasa agak janggal. Rimas. Tak selamat. Terasa posisi aku tergugat. Mana tahu mereka ni lebih pandai atau lebih berkemahiran dari aku? Mana tahu mereka ni lebih mudah bergaul dan lebih pandai menyesuaikan diri dalam segala situasi panik berbanding aku? Mana tahu mereka ni suka membuat laporan khas berkenaan aktiviti selain kerja yang aku dan rakan-rakan selalu lakukan? Argh!

Hmm, aku memang suka terlebih berfikir bukan? Tak mungkinlah mereka nakal begitu, takde maknanya kalau disini. Cuma satu saja yang aku paling ralat sekali...

Mereka memanggil aku kakak..

Oh tuhan, tua sangat ke aku ni?

Eight Random Facts/Habits about Yourself

The Rules :
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules.
At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog.


Alamak kena tag. Oleh dua orang pula tu, Miss T dan Roe yang comel. Sebenarnya aku seorang yang membosankan jadi besar kemungkinan fakta rawak mengenai diri aku tak menarik langsung, tapi aku cuba lah ya.

#sai. Jika pertama kali bersua atau berkenalan, aku bersikap antara paling banyak cakap atau yang paling kurang bercakap. Coax me with questions. Tapi kadang-kadang aku mungkin malas nak layan atau tengah moody. Not your fault.

#ni. Pagi tadi tiba-tiba aku nampak macam ada kesan gigitan lebam di belakang lutut, sakit sikit bila ditekan. Kena gigit hantu? Patutlah aku terjaga tak boleh tidur jam 4/5 pagi kebelakangan ni. I sleep alone, mind you.

#san. Aku tak minat bab menjadi ketua ni, aku tak ada ciri-ciri kepimpinan langsung. Aku boleh jadi pengikut yang taat setia tapi aku memilih pemimpin yang berkarisma dan boleh membuat keputusan. Lol tetiba.

#yon. Aku tengah frenzy kamera. Dua bulan lepas, frenzy lipbalm. Dah terlampau banyak, aku nak hantar kepada dua penerima bertuah. Tapi aku dapat rasa frenzy film camera ni bukan sementara. Tekad gila ni, nape tak percaya ke?

#go. Teman lelaki aku worship penulis blog Hilang Punca aka pipiyapong. Dia rasa pipiyapong seorang penulis yang brilliant!

#roku. Aku pereka hiasan dalaman yang gagal. Kalau diikutkan perasaan, memang bilik dan mana-mana tempat aku tinggal, jangan harap aku nak hias or jadikan ia 'tempat aku'. Aku suka ianya kelihatan simple. Untouched. Tapi selalunya aku geram tengok gambar-gambar cantik dalam majalah dan online, jadi aku berusaha juga lah. Lagi satu aku tak suka tulis nama sendiri atas barang kepunyaan, 1) tulisan aku tak cantik, 2) tulisan aku tak cantik. Jadi buku, beg sekolah, pen, almari yang pernah aku miliki dari dulu sampai sekarang tak ada sikit pun nama aku.

#nana. Oh ya, aku ada masalah hilang ingatan yang sangat kronik. Bukan doktor bertauliah yang diagnosis aku, aku sendiri yang kata. Aku tiada atau samar-samar ingatan tentang kehidupan masa kecil (sedih tak? gambar masa kecil pun sikit je ada), masa sekolah menengah aku ingat sikit-sikit (mana boleh lupe, fanatik SEMESTI)..Perkara-perkara yang baru aku belajar aku cepat lupa melainkan aku tulis dalam buku. Kalau tulis kat notepad, tak berkesan. Masalahnya tulisan aku tak cantik, buku tulis je cantik. Hohohoho.

#has. Esok genap 11 tahun ayah aku meninggalkan dunia dek penangan barah paru-paru. Ayah aku bukan seorang perokok. Al-Fatihah untuk ayahanda.

Aku sendiri tak pasti siapa yang membaca blog aku, jadi aku akan tag yang berikut:
- ci-are
- cecima cecimi
- dD
- mentallystoned
- fird
- nong
- artgeex
- x

An Engineer's Guide to Cats

OMG this video is so funny.

e600089 (5/14/2008 4:25:15 PM): salam
s (5/14/2008 4:25:52 PM): salamssss
e600089 (5/14/2008 4:26:15 PM): ko ble tgk youtube tk?
s(5/14/2008 5:04:26 PM): harro
e600089 (5/14/2008 5:20:22 PM): ada satu guide yg sesuai tuk ko



Fakta rawak #2:
Aku bekerja sebagai seorang engineer di kilang.
And I don't even take engineering course. Haha.

Tapi aku memang suka kucing. Nak kucing nak!

I want 'em big and fatso so that i can make them dance and yodel them and corporal cuddle 'em. Awww!

bendera jepun naik selepas kelas bahasa jepun

Kelas pertama bahasa Jepun semalam agak menarik, tertarik and so amusing till my period came! Seperti yang ku jangka, sengal otot, tulang dan sendi ni merupakan tanda PMS dan bukanlah *batuk batuk* of old age. The sensei even remembered my name dari sesi badminton yang pernah aku cuba-cuba sertai setahun lepas. Mungkin kerana aku seorang pemain paling 'handal' pernah dia jumpa. *smirks*

Jadi setakat ini, aku looking forward untuk kelas seterusnya. Sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk mengisi kelapangan di jiwa.

Hujung minggu ni aku nak pergi menikmati hembusan bayu laut, bermain pasir dan bergumbira. Tak sabarnya!

Dozo yoroshiku onegai shimas!

EDIT: aku terjumpa a cheat sheet supaya kita semua boleh belajar bersama. seingat aku, sharing is caring amirite ;)

Kisah Holga yang Numero Uno & Weekend Getaway?

jin botak warna merah. buat muka innocent, sebenarnya ni normal face dia :P~


shot kliche. klcc dari parking lot pudu plaza.

Roll pertama 120mm aku hancus, hampeh dan harem. Ada beberapa keping je menjadi, lalu aku cuci jadi 4r dan scan sendiri kat rumah guna scanner-all-in-one aku yang dah umur ampat tahun tu. Gambar #1 di atas aku dah masukkan dalam frame ikea yang lama dulu aku beli tak pernah dipakai, lepas tu adalah timbulnya kemalasan untuk mengeluarkannya dari frame sebelum scan lalu aku scan je dengan frame-nya skali. Ada jugak gambar aku dua shot yang menjadi, tapi umff segan nak letak sini. Hohohoho.

Anyway, hujung minggu lepas, sesudah berurusan dengan orang Fedex, selepas pulang dari 5 jam OT kat kilang, kami menuju ke Pudu Plaza untuk mengambil gambar-gambar yang dah developed di atas. Lepas tu dah tak tau nak kemana dah, poket pun dah ala-ala kering kami pun dapat idea untuk melepak kat Dataran Merdeka. Sumpah sepanjang aku hidup area dekat-dekat KL ni (dekatlah jugak kan), berhenti kat Dataran tu pun aku tak pernah, kecuali kat traffic light tu la. Duh. Nasib baik hari pun dah petang sikit, cuaca tak panas pun. Aku sebenarnya nak uji tahap kekuatan smena 8m aku. Muehehehe. Dari tempat letak kereta kat atas Pudu Plaza lagi dah posing maut dan tangkap sekumpulan orang tua berbangsa Cina bergaduh depan kedai. Tangkap gambar takut-takut of course. Dari Dataran Merdeka kami berjalan kaki ke Central Market, lalu kat Annexe Nasi Kandar... rasa macam nampak AKAB kat situ. Heh. Teringat pula ada Malaysian Naive Artshow by Gajah-Gajah Gallery.

macam juling

saya suka SALE

jangan garang dengan kucing!

garang bersama kucing takpe. rawr!


Lepas tu.... kitorang pegi tempat lain pulak. Eheh esok je lah cerita.

FAKTA RAWAK #1

1) Saya tidak boleh memandu kenderaan selain basikal.

I just don't have the ability. Kerana saya, masih belum belajar memandu kereta. Ya, saya yang berumur 2* tahun ni masih belum belajar memandu kereta samada auto mahupun manual apatah lagi memiliki lesen memandu. I know, big fucking L rite.

Jadi ceritanya saya akan sentiasa menyusahkan orang. Masa kat uni, menyusahkan pemandu bas, menyusahkan kaki sendiri jalan sejam dari fakulti to kolej, menyusahkan duit poket untuk teksi, menyusahkan mata bersengkang nak bangun awal tunggu dan berebut-rebut bas, dan sampai satu masa kawan sekelas dibelikan kereta oleh ayahnya lalu menyusahkan dia pula (terima kasih yus, tanpa kau aku tak mungkin pegi kelas awal huahuahua), dah ada kereta yus senang la sikit nak bergerak ke sana ke sini... dalam lingkungan 20km terhampir.

Bila dah grad, aku dok melepek kat rumah kakak. Tak menyusahkan sape-sape sebab tak perlu. Mungkin agak menyusahkan kakak aku sebab apartment dia comel je dan perlu menampung 4 orang dewasa dan satu bayi masa tu. Bila ada panggilan temuduga, aku cuma menyusahkan lagi kakak aku untuk tambang lrt, komuter dan rapid kl atau teksi. Sampailah aku berjaya merangkul tanggungjawab sebagai Web Designer di sebuah syarikat di Desa Sri Hartamas. Syarikat tersebut dimonopoli oleh kaum C, aku seorang je gadis melayu dan seorang lagi lelaki, jurutera perisian melayu yang aku pernah jumpa sekali je sepanjang bekerja di sana. Jauh siot nak pergi kerja. Oleh kerana ditempatkan berdasarkan projek, aku diletakkan di menara bank yang tinggi kat Pudu tu, tempat Miss T berkerjaya sekarang ;)

Jadi bermulalah episod aku menjadi seorang pereka laman web, dengan berbekalkan komputer riba yang berat nak mampus serta tas tangan, aku pun travel back and forth dari Seri K ke ibu kota Kuala Lumpur. Kadang-kadang menyusahkan kakak aku, hantar sampai lrt terdekat.. kebiasaannya lrt Bandar Tun Razak (tempat pengasuh bayi), atau hantar sampai Masjid Jamek.
Kemudian aku akan menyusahkn kaki dengan berjalan sepantas kilat sambil menyusahkan jari-jemari untuk mencengkam erat tas tangan dan beg komputer riba, takut diragut. Pulang dari kerja, aku pulang sendiri dengan menaiki bas metro #8 di belakang Maidin. Kalau tak silap, tambang RM3 aku dah boleh sampai rumah. Tapi...... perjalanan lebih dari sejam dan kalau beruntung dapatlah aku duduk, jika tidak maka berdirilah aku dihimpit ketiak masam PATI dan segala macam jenis makhluk. Sampai rumah pun dah jam 8 atau 9 malam, aku mampu pengsan aje untuk mengumpul tenaga untuk bekerja esok. Namun, jika kakak aku tak dapat disusahkan a.k.a tak boleh hantar aku, aku terpaksa bangun seawal jam 5 pagi dan menunggu bas Metro #8 atau Rapid KL #134(?) yang lalu dalam gelap. Yang macam bbbbabi nya bas ni semua akan melalui pekan Seri K yang terkenal dengan makhluk-makhluk tak paham bahse yang suka sangat double triple farking tak kira masa serta membina traffic light setiap 10 meter. Macam lahanat! Memang, sepanjang perjalanan selagi tak melepasi pekan tu aku akan menyumpah seranah tak ingat. Kalau aku naik rapid kl (rapid la sangat), aku terpaksa menaiki komuter dan tukar ke lrt di Bandar Tasik Selatan.. Biasalah, pagi-pagi kesemua kenderaan ni penuh dengan orang yang ingat menyembur minyak wangi sebotol. Tension. Nak Pengsan.

Namun aku teruskan jua kerjaya aku sebagai kuli batak syarikat Singapore tu, gaji 1.5k je lepas tolak EPF. Tolak tambang dan makan mahal hari-hari, cukup RM20 perday aku boleh simpan untuk buat belanja beli baju/beg/kasut time jualan mega.

Kemudian dah ditakdirkan, aku diterima kat kilang Jepun yang terletak di tempat pengajian degree aku. Masa mula-mula, memang pening.. tak tahu nak susahkan sapa bab pengangkutan ke pejabat ni. Nak ambil lesen memandu, duit pun tak cukup. Nak mintak bonda, segan la sebab dah kerja. So terpaksa menyusahkan Mr. Danny, dia jugak yang tolong forward resume aku ke sumber manusia. Aku dah mintak permission dari Azie, the love of Mr Danny's life. Takut kena sumpah seranah pulak nanti. Tapi Mr Danny dan jejaka botak goes way back. Style rambut pun hampir sama, eheh :P~

Masa hari pertama, aku pulang berjalan kaki dari kilang sampai ke rumah sewa. Dekat je, tapi banyak roundabout dan golongan PATI ni jadi satu masalah sikit. Kebetulan gadis dept aku nak carik rumah baru, lalu dia pindah ke rumah aku. So aku pun menyusahkan dia dan kereta kancilnya yang comel, sehinggalah jejaka botak berjaya mendapat jawatan di kilang ni. Alhamdulillah, aku tak perlu menyusahkan gadis tu sangat, hanya menyusahkan jejaka yang aku dah kenal 6 tahun lepas. Pergi kerja dengan gadis, pulang boleh dengan motor kapcai jejaka botak. Ya, naik motor. I'm not that hard to pleased ya know. Namun, lama kelamaan naik motor bagaikan beban kepada kami berdua. Hujan tak boleh pulang ke rumah. Nak berjalan ke sana ke mari agak terhad. Rasa dipandang rendah oleh pak gad. Tayar pancit tengah highway. Hujan lebat, lori yang meluncur laju disebelah menghamburkan air lumpur ke penunggang & pembonceng. .... .... Kami mengumpul wang, deposit untuk sebuah kereta.

Bila dah berjaya memiliki WQR cik Honda City, agak lega sedikit. Bonda dan mak+ayah pun senyum je memanjang bila kami pulang ke kampung. Si gadis (housemate) pula bertunang, kebetulan tunangannya berjaya menjawat jawatan dalam kilang ini juga. Oleh kerana tunangan tersebut belum memiliki kereta lagi, maka kunci kereta bertukar tangan. Aku tidak lagi menyusahkan gadis menumpang dia untuk ke tempat kerja. Kerana tunangannya yang ambil dan hantar gadis pergi dan pulang dari kerja.

Aku beruntung, kerana jejaka botak tak pernah merungut bila disusahkan. Dia sentiasa bersedia dan sanggup untuk pergi/pulang dari tempat kerja bersama. Berjumpa lepak dengan kawan-kawanku. Pergi gig yang aku cuma kenal satu dua saja band nya, nasib baik ada Pak Tua yang jejaka botak kenal sejak di uni. Pergi flea market, bundle, bazaar. Semua kehendak ku diturutkan.

Aku beruntung, kerana sekarang aku hanya menyusahkan lelaki yang aku kenal sejak enam tahun lepas. Aku tak perlu menyusahkan orang lain jika aku ada dia.

Tapi ye lah, nanti aku ambil lesen memandu k.

ps: nak kawin la ni, ingat kumpul duit 30ksen tu senang ke?

Guilty of Gluttony


Habuan sebulan sekali selepas dapat gaji.

ddddaily shits

Dear customer,

I'm sorry about this case happened and we would like to have the replacement for you as soon as possible.
We would asked Fedex to pick up the cameras from you, and after we received the camera, we will sent you a new one.
Could you please provide us a avaliable date / time and address for FedEx pickup.
Sorry for any inconvenience caused !

Best regards,
xxxx xxxx


Terima kasih Tuhan. Terlalu mudah rupanya. Jadi aku akan menghantar semula Holga tersebut Sabtu ini dan harapnya dapat yang new and working secepat mungkin. Roll pertama dah dihantar ke E6 untuk printing. Tak banyak gambar menjadi. I was way too excited on multiple exposure (sebenarnya most times terlupa nak roll, eheh). Beli satu roll slide Provia untuk Holga. Akan dicuba setelah mendapatkan Holga baru. Yeah, aku sedar this hobby is expensive dan aku mungkin akan putus asa tak lama lagi sebab tak mampu tapi sekurang-kurangnya aku boleh lupakan tabiat membeli-belah online.


So yeah, bonda sekarang pasti dalam perjalanan ke Jeddah untuk menunaikan umrah. Rombongan tersebut transit sehari di Brunei semalam. Aku harap bonda akan pergi dan pulang dengan selamat. Aku bekalkan bonda dengan lipbalm TBS, krim pelembap + mini lipgloss dari Clinique, mini perfume Marc Jacobs dan bedak kompak. So vain? Haha, oh well. Oh tak lupa juga kamera digital kepunyaan jejaka botak supaya bonda dapat mengabadikan memori di negara orang. Sempat pula bonda bertanyakan apa yang aku inginkan, dan dia sebut perfume.. apa ragas, terus aja aku tulis nama dan siap lukis perfume yang aku inginkan. Hehe, siap tunjuk yang mana satu kat rak Perfume & Cosmetics di airport. Walaupun harapan untuk permintaan itu jadi kenyataan agak tipis, i mean come on lah no way she's buying me that and everyone else sejadah dan telekung rite? Tapi, jangan lepaskan peluang beb. Heh.

Jadi semalam...

KLIA, done.
Wisma Times, done.
Uniasia, done.
Pudu Plaza, done.
Fool's Gold @ Pavillion, done and not amused.

Jumlah membayar tempat letak kereta saja == RM24.00
Crapness.

Je-Ja-Ka

Jejaka (tak berapa)botak ku, tak sangka you ada apa-apa dengan lelaki rumah agam tu.
Ceh!

Founded Treasures


Le sigh...

Adoi penat lah macam ni. Lens barrel Holga tu ketat, mustahil untuk menukar fokus ke 6 meter - infiniti. Crapness. Nampak gaya macam kena pulangkan balik ke lomographyasia dan demand yang baru. Urgh lecehnya!

Tapi sebelum tu aku nak habiskan segulung 120mm film dulu. Petang ni nak menuju ke Pudu Plaza dan Bintang Walk. Nak cuba guna kamera Canon yang aku jumpa kat rumah bonda. Aku pun tak pasti ni kamera apa, dah la plastik, lens pun macam plastik. Aku harap masih boleh guna.
Pulang dari rumah bonda aku jumpa banyak barangan menarik, Olympic Trip S (kamera filem auto yang selalu digunakan masa dulu), passport lama ayahanda, hensem tau gambar dia muda-muda! Aku jugak mengumpul negatif gambar-gambar lama yang ada kat gerobok buruk bilik belakang. Dan terakhir sekali, skirt-skirt labuh bonda masa muda remaja, aku nak alter dan buat skirt paras lutut. Heee best.

Terlupa sekejap holga pincangku.

Le sigh...

p/s: i might be a little too old or late on the whole lomo trend whatsoever, but my adolescent life was crap and miskin. so whatever.

Kisah Holga Hitam Bermula!

Holga saya dah sampai!

Woh sangatlah cepat, saya order 28hb dan ia tiba di perkarangan kompeni pada 1hb! Sekarang, memikirkan cara untuk membawanya keluar dengan selamat tanpa syak wasangka dari pihak keselamatan kompeni. Maklum ajelah, ni kan kilang. Sebarang alatan berupa elektronik yang dibawa keluar menimbulkan saspises. Eheh.

Not to worry, saya memegang kertas Fedex yang dialamatkan kepada saya dari lomographyasia. Saya harap ini sudah cukup untuk menjadi waran keluar dengan selamat tanpa curiga.. Ehehehehe.

Tak sabarnya saya nak mencuba Holga Hitam saya. Kotak tu masih belum dibuka, akan dibuka sambil menikmati Mega Mac petang ni.

Wah tak sabar!

p/s: somebody leaked the news about my soon-to-come smena to my bf.. haaaa, masak lu. haha.

Panas?

Panas.

Panasnya hari.
Panasnya malam.
Panasnya badan berpeluh-peluh berkejaran mengemas rumah usai majlis kenduri umrah bonda.
Panas lagi bila dikutuk belum mandi sejak pagi hingga dinihari, walhal sudah terceruk di dapur berkain batik (yeah yeah i know) menyiapkan segala urusan yang boleh untuk membantu.
Panas penat menyapu rumah besar bila anak-anak buah yang kecil lagi comel makan tertumpah-tumpah.
Panas.
Panas Panas Panas.
Panas membantu berkemas mana yang patut sebelum melangkah pulang ke ibu kota.
Peluh berdecit-decit mengalir bagai empangan pecah di benak kepala.

Namun, tak sepanas hati ini..
Bila mendengar kata-kata nista itu.
Tak sepanas telinga ini..
Bila ayat itu dihamburkan.

Adalah satu perkara bila kau nak kurang ajar dengan orang yang kau tak kenal! Atau kurang ajar dengan famili kau sendiri! Tapi ianya satu yang amat berbeza tatkala kau melampaui batas dan kurang ajar dengan famili yang diakadkan pada kau!

Kalau ini penangannya atas pertolongan yang diberi, terima kasih aje lah.
Kami tak perlukan cacian dan ludahan dari kau.