Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

12 Free Movies

TERIMA KASIH GSC ALAMANDA!

Tadi lepas pegi bayar hutang tmnut, aku dan encik driver ke Alamandul untuk menggunakan khidmat Pejabat Pos mini. Ceh, ramai nak mampos orang. Semua kakak-kakak dan abang-adik kerja kerajaan, berbaju kurung bertudung litup dan berkemeja. Kami nampak macam budak ponteng kelas, lagi-lagi dengan kasut kelabu berzip aku ni.

Aku lapar, sementara tunggu turn kat Pejabat Pos aku melencong beli biskut tersedap di dunia yang pernah aku rasa. Biskut encik Amos. Aku pernah cuba yang chocolate chip with pecan nuts tu je, itu pun beberapa minggu lepas bila encik driver tiba-tiba surprise aku dengan 100 gram tu. Pergh aku tak pernah cuba pun biskot Amos sebelum ni. Sedap gila! So tadi aku ingat maybe yang paling sikit tu adalah yang paling banyak orang beli. Aku pun ambil 100 gram of butterscotch and pecan nuts. Emm... tak sesedap chocolate chip laa..... Hampeh!

Lepas dah sibuk-sibuk kat Pejabat Pos, kami gerak ke GSC Alamanda yang baru buka. Apa lagi, claim free screening tickets la! Walaupun movie lama tapi tak kisah la, tiket free, seat baru, wayang gelap-gelap sejuk-sejuk (leh makeout?), movie pun belum tengok... so BEST!

7pm - Mr. Magorium's Wonder Emporium. Hello Natalie Portman, i like.
9pm - CJ7. Best ke? Ntah tak kisah lah. Heh.

10 Weird Conversation

Korang pernah dengar pasal Happy?

The first time it came out on promotions at Giant hypermarkets, boyfriend bought a pack for RM5. And then he bought a second hand Nokia phone for that sim card. Boyfriend aku ni jenis family guy. Every night it's either his mom or dad calling him or the other way around. And they talk for hours! I'm quite the opposite, heh.

So the Happy prepaid pack was perfect for this long hours calls coz it's only 99cent for 99seconds - 45 minutes. Before that it's 1cent per second. Valuable rite? Yesterday was no exception, his father called when we were on our way sending his brother to a friend's house at Sunway. Before sending him home, we went for nasi lemak RM1 at Selera Makan 222 in the middle of factory areas. Sedap gila wey nasi lemak situ, sup daging super pekat and delish! Anyway, then the father suddenly wants to talk to me.

Apa kabo??
Kabar baik.. hehehehe
Ami sehat ke?
Sehat.. hehehehe
Ni, nak mintak tolong ami tengok-tengok kan Kerol tu, dia baru nak start keje kan. Tengok-tengok kan la, call dia selalu.. Kejut dia bangun pagi nak keje, takut dia tak jaga. Tak biasa lagi. Kerol ni manja, manja ngan mak dia. Tau la dia macam mana kan.. Tolong yea ami!
(all the while, I was ehehehehehe, takpe takpe boleh boleh. In my mind, WHY? WHY ME?)
Emm.. takpe ujung minggu dia boleh datang dok kat Bangi. Dok ngan Ajoi. (Takdak kena mengena!)
Takde la, tapi korang kena tengok-tengok kan dia jugak ye. Maklumla dia baru ja start keje nih kan. Ayah bukan ape, ayah riso. Tu je...
Eheheheheheh...
Okla ami yea, bagi ayah cakap ngan Ajoi..
OK~

Lol, then afterwards I told my boyfriend about the whole weird conversation.

Oh, mak ayah dulu kan pernah tanya sapa kejutkan pagi-pagi, naz cakap awak kejutkan naz tiap-tiap pagi la sayang...

Patutlaa sayang...

FYI, the brother is 23, my age.

07 Animal Instinct

cantik tak??
Semalam ada jualan aksesori seperti kerongsang, gelang, rantai, brooch dan seumpamanya di ruang legar sebelah Kantin A. Selalunya tiap-tiap hari memang ada cuma hari-hari lain orang, kadang-kadang baju kanak-kanak, koleksi tudung, buku cerita kanak-kanak, fake guess and chanel.... Ala macam mini Petaling Street, cuma satu hari ada 2 booth je la. Kat opis ni, ada 3 kali rehat dalam sehari.. Selalunya aku makan time rehat pukul 10am dan 3pm. Rehat pukul 12pm aku habiskan masa dengan menyibuk di sebelah Kantin A untuk menikmati sinaran matahari. Duduk dalam opis 24/7 tak larat weh, sejuk gila! So, aku and Putri Bionic pun menuju ke depan seperti biasa. Cadangnya nak membelek katalog Cosway kakak technician opis sebelah je, sambil makan-makan buah. Aku jarang nak ambil pusing pasal jualan yang ada, tapi biasalah perempuan, window shopping pun best. Cuci mata la katakan!

Lepas aku dah membelek-belek katalog tu, macam tertarik lak nak tengok jualan. Teng teng teng, mata aku dah nampak sesuatu yang menarik! Woo, nice gak bangle ni. Jadi aku pun membeli satu yang macam gambar second tu (warna lain sikit). RM10!! Yessss........ Aku sebenarnya seorang yang jarang membeli aksesori sebab aku tak pandai pilih dan aku selalu kelihatan cluttered if i wear too much. Jadi koleksi aksesori aku sangatlah limited. Contohnya masa aku teman budak uitm ke Diva Sunway Piramid. Aku pilih a flower earring (so hawaii like) and end up not wearing it anywhere coz it looked weird on me, plus kena kutuk the first 5 minutes i wore it. Hmmph.

Gembira gila aku dapat membeli gelang tu. Putri Bionic pun turut terpengaruh dengan aura keseronokan aku lalu membeli a diamond-like bangle for herself. Sesuai la dengan jiwa seorang ibu yang bergaya. Haha. Yang sebenarnya aku nak membeli satu lagi, tapi aku tak membawa wang, itupun aku pinjam duit Putri. Rehat habis aku pun balik, tapi hati masih teruja dengan bangle lagi satu ala-ala zebra tu. Hish geram.

Hihi...... kemudian aku senyap-senyap pergi tempat jualan membeli bangle yang kedua. RM15. Hmmm.. okla, if aku beli dua-dua dalam satu masa sure boleh bargain. Tapi kakak tu tak bagi, itu je lowest price. Ah tak kisah lah! Ihihihihi, seronok nya!

06 Obviously, Annoyed.

Aku tak tahu kenapa tapi penulisan seseorang ni senantiasa sentiasa sentiasa menimbulkan amarah aku, walaupun ianya tiada kaitan secara langsung terhadap aku namun seseorang itu juga pernah menyakitkan orang-orang yang aku sayang satu ketika dahulu. Jadi, acapkali tika aku membaca penulisannya (biasanya hanya jika aku sedang terlalu bosan melayari internet), ada sahaja yang tak kena tentang dunia.. ada saja yang cacat di pandangannya mengenai orang lain.. ada saja yang menimbulkan jelek di minda (sempit) seseorang itu.. kenapa ya? Sehingga aku sendiri naik mual terhadap dirinya.

Perlukah terlalu banyak kebencian terhadap dunia? Jika ya, akan berubahkah dunia jika kata-kata nista dilontarkan kepada golongan-golongan yang dipandang sinis? Jadi, duniamu saja yang sempurna, begitu? Jadi mereka yang di sekelilingmu sahaja yang hebat, begitu? No man is an island, my friend. Terimalah hakikat that the road goes two ways.

Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.

Mungkin aku yang terlalu optimistik sehinggakan benci mereka yang pesimis.
Mungkin aku tak suka road bully.
Atau in this case, blog bully.
Hah!

Aku harap sangat seseorang itu berubah, berhenti menulis domba di belakang dan tersenyum simpul bila bertemu. Ianya.... somewhat, ya know, menjengkelkan.

05 Prolific Rant

Bingit telinga bila dengar bisik-bisik umpatan politik di belakang aku. Sememangnya mereka berbisik, kadang-kadang hal kerja yang tak sudah, kadang-kadang isu mahu berhenti kerja(sedangkan mereka ni sudah lebih 10 tahun di kompeni ini, tiap kali musim appraisal ayat mahu berhenti selalu kedengaran)... Tapi kebelakangan ni, isu yang timbul di harakah/utusan/malaysian today selalu diutarakan, terutama sekali bab-bab pemimpin dan cara mereka tidur di khalayak ramai. Aku tak pernah setuju mahu pun aku menyumbangkan sebarang input dalam perbincangan mereka. Mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak. Aku cuma diam. Kadang-kadang kata-kata orang tua elok didengar saja, bertekak pun tak kemana sedangkan yang tidur di sana tu akan tetap tidur sekali pun dah dikejutkan beberapa kali.

Apa yang ingin aku katakan dah pun diperkatakan oleh semua orang. Hati anak mana yang tak meruntun bila bapa yang diharapkan untuk membangunkan rumah ni boleh bersikap acuh tak acuh lagi buta dan pekak tatkala semua menjerit pekik membogelkan kesalahannya. Damn babah, i hate you! Aku dah pun tunaikan tanggungjawab aku sebagai pengundi walaupun parti yang ku undi kalah tipis namun terserahlah, aku harap kau yang menang tu sedar. Pekan Parit pun teringin nak membangun seperti Paris ya know (nama nak dekat dah). Tidaklah aku kerisauan bila pulang ke kampung dan rumah dipecah oleh penagih dadah tegar. Aku cuma bimbangkan keselamatan bonda. Bila CSI Parit datang, apa saja lah yang boleh dilakukan? Aku lihat mereka gelak ketawa saja. Bodoh. Benci aku melihatnya.

Huh benci benci! Dahla, nak jual beli kawan-kawan kat facebook pula.

04 Bionic Team

Harini kat opis, pagi-pagi lagi makcik cleaner aka Putri Cahaya dah mintak mp3 dari aku. Dia dah mintak dari semalam lagi, tapi aku buat dunno je sebab aku malas nak cari kat internet, dia mintak lagu Fergie feat. Sean Kingston - Big Girls Don't Cry. Macam-macam betul makcik anak dua nih. Aku pun layaaan.

Kat opis, kami menggunakan aplikasi borgchat(google it) untuk berkomunikasi. Kalau korang nak tau, sebenarnya opis aku kecik sangat, muat untuk lima orang je.. tapi selalu je orang lain datang melepak sebab sangatlah privacy and sesuai untuk buat mesyuarat tingkap. Kitorang menggunakan nickname supaya seandainya borgchat jatuh ke tangan orang yang tak dikehendaki aka boss2 yang tak best takdela kantoi sangat. Kitorang distribute kat geng2 yang sekepala je. Nick aku dalam tu BionicGirl. Takde kaitan langsung dengan siri Bionic Woman kat US tu. Dulu PutriBionic(nama sebenar makcik cleaner) telah menggunakan nick Bionic Woman masa mula2 borg.. so orang lain pun mengikut pengaruh dan kata2 orang tua sorang ni. Dia la yang paling tua walaupun dia muka muda gila so dia selalu lepak ngan aku and housemate aku je. Makcik2 lain semua dia bo-layan. Pilih kasih doh. Aku suka kawan gak ngan makcik sorang ni. Cuma kadang-kadang perangai dia lagi budak-budak dari budak. Geram!

Lagi satu aku tak puas hati, ada ke patut nama aku elok-elok _ _lm_, diorang panggil Samli??

Kisah disebalik nama tu..? Panjang ceritanya... Nantilah satu hari nanti, sekarang diorang dah singkatkan jadi Sam.. Ok la sikit dari Samli. Kan?

p/s: jangan bagitau bos aku.

03 Tentang Aku episod I

Aku rasa orang barangkali kata aku tak punya karakter.
Aku tenggelam dalam kebingitan.
Aku senyap dalam kebisingan.
Aku tak pernah mengisi "About Me" tentang sesuatu yang menggambarkan diri aku.
Aku juga tak pernah menulis apa-apa dalam kotak INTEREST.

2 puluh 3 tahun, aku masih lost dalam pencarian.
Aku sendiri tak tahu siapa, atau tujuan hidup aku.
Aku tak radikal terhadap musik, politik mahupun kerjaya aku.
Ah aku cuma impikan kesenangan.

Salahkah aku?

Why do people have to be this lonely? What's the point of it all? Millions of people in this world, all of them yearning, looking to others to satisfy them, yet isolating themselves. Why? Was the earth put here just to nourish human loneliness -- haruki murakami

... bersambung kemudian hari

02

Semalam aku membeli lagi sebuah buku.. apa lagi, The Picture of Dorian Gray tulisan si Oscar Wilde. Ni semua kerana pengaruh AKAB, aku pernah membaca kutukan lelaki tu terhadap sesiapa yang belum menjamah tulisan Wilde. Kebetulan aku terjumpa buku tu di Borders, bila aku buat gelintaran menggunakan komputer di tiang rupanya ada banyak versi dan ada lagi yang lebih murah. Aku memilih yang separa murah;separa mahal sebab aku tak suke kehijauan penguin classics rm8.50 tu. Walaupun buku yang aku pilih macam buku teks literature pelajar kursus TESL. Ah biar lah..

Hari sabtu lepas aku baru selesai membaca Sputnik Sweetheart, benci aku dibuatnya. Penulisan misteri bermotifkan godaan lesbian yang penghujungnya aku tak suka. Penghujung yang tak mempunyai makna bagi aku, kenapa dia boleh hilang?? Bagaimana Sumire boleh kembali?? Semua persoalan tu tak terjawab langsung.. satu ending yang mati begitu saja. Sial lu Murakami!

Pfftt... aku lapar, aku crave sesuatu yang manis. John, Jco Donuts pls.. pegi la belikan