Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Bukan kisah aku.

Dalam hidup kita cuma ada Dia, kumpulan keluarga dan golongan kawan-kawan yang kita harapkan ketika kesusahan. Bagi aku, aku bukan a family person, jadi aku mengharapkan mata, telinga, kaki & tangan kedua aku iaitu sang kekasih. Kadang-kadang, bukan mengharapkan pertolongan pun cuma telinga yang sedia mendengar atau kata-kata yang mampu melegakan jiwa yang kusut. Cuma salah satu, bukan kedua-duanya sekali. Itu aku. Aku tak gemar mendengar nasihat. Degil dan panas baran. Nama aja sputnik sweetheart tapi tak berapa sweet kalau aku merampos menahan marah. Dan biasanya marah lah yang aku simpan, pendam dan dikelabui dengan emosi lain. Konon-konon gembira, bahagia, tak peduli, bernafsu membeli belah dan sebagainya.

Kadang-kadang demi orang-orang yang tercinta, kita terima saja segala kesilapan atau cacat cela minor yang ada disampingnya bila sudah berkawan. Kalau emotional baggage yang dibawa, maka itu lah kita perlu terima bukan? Contohnya* rakan serumah yang bermasalah dengan teman lelakinya, 8 hari 8 malam menangis tak tentu hala, bergaduh dalam telefon menjerit-jerit, tak mandi tak makan.. Jadi sebagai ahli masyarakat dan rakan terdekat, sudah tentu kita memikul tanggungjawab menenangkan rakan histeria tu kan. Nak buat macammana, ini lah kehidupan. (*bukan cerita sebenar)

Tapi............ Bila dah 80hari menangis dan bergaduh tak berhenti-henti. Pasti pula kita yang rasa tertekan, rasa terseksa, menyampah, benci, tak suka, negatif, emosi walhal bukan kita yang terlibat secara langsung kan? Aku tak tahu la korang tapi aku ni memang sensitif orangnya. Nampak je macam sombong alang, padahal lebih penakut sebenarnya kerana takut diri sendiri dilukai oleh orang-orang sekeliling. Kadang-kadang, bila dah menyerah untuk bersabar orang mengata kita dah kebal, dah biasa dengan keadaaan tu jadi tak mengapa, kita ni boleh terima.

.
.
..
...
..
.


Tak pernah dengar ke? Titik-titik hitam yang kecil kalau disambung gabung, lama-lama boleh membentuk paus? Batu-batu api yang tersimpan lama-lama menimbulkan spark apinya sendiri lalu boleh meletup bagai gunung berapi? Lagi-lagi kalau darah muda menggelegak macam aku, nipis je tahap kesabaran aku. Tapi demi orang-orang tersayang, ditebalkan lapis demi lapis. Sedikit demi sedikit, ia akan terhakis jika keadaan tu tak berubah. Aku bukannya malaikat apetah lagi seorang ustazah. Bukan soal agama yang aku nak cakapkan, cuma soal perasaan.

Aku ada perasan, sekalipun aku cuba kaburi dengan senyuman manis atau muka do-no. Satu saja, respect others if you want to be respected, age & colors aside.

//end

ps: The Day The Earth Stood Still was hella boring although Keanu masih hot juga, seharusnya membalas tenungan Edward Cullen lagi sekali. Apakah keboringannya Twilight belum keluar di GSC Alamanda??