Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Char Kuay Teow Manis

Rasa macam dah lama gila tak update sampai dah tak tahu cara menulis blog. Truth be told, I think I'm gonna let this blog more of a fashion daily outfit purchases thingy. I've lost touch on how to verbally nor wordly(ada ke?) write my feelings in poetic words that only I can understand, dulu terlampau banyak masa sampai boleh pusing-pusing ayat sampai orang tak faham unless memang sengaja nak bagi faham kan. Sekarang, hmm masa tu ada la kadang-kadang tapi takde will power nak voice everything out like I use to. But believe me, when I start writing it's gonna be too long winded like a flippin' roller coaster and you ain't gonna like it.

What I wore on Monday to go pick up stocks for next week's MM, go meet Urban Retro customer and makan char kuay teow special at Puchong Perdana.. 6 gigantic madafakin udang, banyak! Tapi kurang kick the char kuay teow haritu, terlalu manis.. :(

Beanie from Angah, The Shoplifters
White Tank Top & Tortoise-Shell Shades (Men's Section), Zara
Vest, from Japan
Necklaces, Lucky from Topshop, Owl from Diva
Fringe Bag, 238
Vintage Skirt, Soak Republic
Suede Studded Flats, Charles & Keith (I want one in black!)


I intend to take more daily outfit pictures since I am on a work break and when that happens I usually dress up a lil bit more than the usual top & jeans to the office. But......... I'm forgetful & lazy to whip out the camera before all the makeup slides away, not that I wear much makeup anyways.. Hah, maybe I should take photos before going out. Boleh kot, choih macam masalah dunia aku fikirkan ni!

Minggu lepas dating with Cik Sarah Is The One, dia ambil aku kat rumah dengan baik hati selepas hantar kucing Fareo ke vet. Kesian Fareo, hope he's okay now! Jumpa parents dia di Alamanda, uhh segan sebab saya memakai baju ala-ala sendat sikit... Cover dengan Velveteen Vest. Auntie jangan risau, Sarah is a good kid (although auntie mungkin lebih risau siapalah minah sememeh yang kawan dengan Sarah ni haha). Lepas tu kami makan kat Burger King yang baru buka tu, kelakar rasa macam lapan tahun Burger King tu under construction, sekarang baru buka. Me & boyfriend jokingly said BK sebenarnya taknak buka outlet di situ, tapi terpaksa sebab pak/lah nak makan BK, lol. Bad joke -_-

Tengok cerita The Spirit dengan kawan Sarah & Sarah, Sarah tertidur. Sabar je lah, dalam tertidur dia tu boleh komen movie tu best lepas tu. Macam aku tertidur cerita Nemo masa dating ngan Pherry kat Melaka, lepas tu terjaga before ending and nangis terharu tengok ending dia. Bf thinks I'm mad sebab I didn't even watch the movie enough to be emotional about it's ending! Nak buat macammana, memang sensitif heee. Sebenarnya, masa starting Twilight pun saya tertidur........................... tapi boleh jatuh cinta jugak dengan Edward Cullen (Note: jangan makan kenyang-kenyang sebelum tengok wayang)

Oh yea, minggu ni I spent quite a lot on retail purchase, all is worth it I hope. Pictures will be taken later when I'm not that much lazy, but here's one of it:

Forever 21 Couture, goldish bronze zip-up dress.

The black skirt is not part of the dress. Vintage Jacque-Belle jacket selling at The Shoplifters.


Tucked in the top part & worn as a skirt. Yellow Paisley Vest, selling at The Shoplifters.

The dress, it's obnoxious in a good way, I like. And gahh I so love F21 accessories on sale. Grab quite a few! Anyways, I finally bought myself leather skirt. Two infact! One has a houndstooth pattern on it and the other one is a plain black leather skirt. Both reasonably thrifted. Sangat seronok, can't wait to wear 'em with my geometric tights!

Harini sepatutnya ingatkan Tinot bawa pumpkin pants ke office tapi terlupa pulak, takpelah minggu depan je lah jawabnya. Semalam mood swing tak hingat, kasihan Pherry berkucil hati dengan aku, kena marah tak bertempat. Kenapa perempuan perlu mood swing eh? Kan membazir tenaga je sebenarnya? Penat tau, nak merajuk lagi nak marah-marah lagi, nak berlapar tunggu kena pujuk lagi, hmm hmmm.. Proves satu benda pada aku, macammana banyak pun retail therapy/duit menimbun pun. Takkan bahagia punya. Although hidup ni memang perlukan wang, contohnya cerita The Pursuit of Happyness. Tu gila babi kan? Tapi kalau banyak duit pun, tak menjamin kebahagiaan jugak...

New items!

I have another drafted entry pending for me to continue ramble but meh, these are more important!

The Shoplifters were featured in KLUE & Berita Harian (eheh!). It seems like many many moons ago that the interview was done but now both article come out at the same month! At the very end of year, what a great closure of 2008 for The Shoplifters. This baby girl made momma so proud!

Pinjam gambar ni dari Kitsch Snith, versi online ada disini.


Thank you sangat-sangat buyers of The Shoplifters. I heart you.

Pakaian lelaki minggu ini:


Pakaian wanita alaf baru versi Shoplifters:

akan muncul esok di Neue Fashion 17.


Urban-Retro pun tambah product jugak hehe:
  1. Casio Solar Powered Battery-Less Watch
  2. Casio Dual Time Chronograph Watch


Dah, end of advertisement.

<3


I've had my share of ups & downs with him,
I've also had my doubts over the years,
but lately for some reason, my feelings for him grew more & more.
I'd never leave him for anything.
And don't ever anyone be messing with my boy,
or you'll have your asses kicked by six racks of shoes.
Faham? :)

I'm so proud of you!

Bukan kisah aku.

Dalam hidup kita cuma ada Dia, kumpulan keluarga dan golongan kawan-kawan yang kita harapkan ketika kesusahan. Bagi aku, aku bukan a family person, jadi aku mengharapkan mata, telinga, kaki & tangan kedua aku iaitu sang kekasih. Kadang-kadang, bukan mengharapkan pertolongan pun cuma telinga yang sedia mendengar atau kata-kata yang mampu melegakan jiwa yang kusut. Cuma salah satu, bukan kedua-duanya sekali. Itu aku. Aku tak gemar mendengar nasihat. Degil dan panas baran. Nama aja sputnik sweetheart tapi tak berapa sweet kalau aku merampos menahan marah. Dan biasanya marah lah yang aku simpan, pendam dan dikelabui dengan emosi lain. Konon-konon gembira, bahagia, tak peduli, bernafsu membeli belah dan sebagainya.

Kadang-kadang demi orang-orang yang tercinta, kita terima saja segala kesilapan atau cacat cela minor yang ada disampingnya bila sudah berkawan. Kalau emotional baggage yang dibawa, maka itu lah kita perlu terima bukan? Contohnya* rakan serumah yang bermasalah dengan teman lelakinya, 8 hari 8 malam menangis tak tentu hala, bergaduh dalam telefon menjerit-jerit, tak mandi tak makan.. Jadi sebagai ahli masyarakat dan rakan terdekat, sudah tentu kita memikul tanggungjawab menenangkan rakan histeria tu kan. Nak buat macammana, ini lah kehidupan. (*bukan cerita sebenar)

Tapi............ Bila dah 80hari menangis dan bergaduh tak berhenti-henti. Pasti pula kita yang rasa tertekan, rasa terseksa, menyampah, benci, tak suka, negatif, emosi walhal bukan kita yang terlibat secara langsung kan? Aku tak tahu la korang tapi aku ni memang sensitif orangnya. Nampak je macam sombong alang, padahal lebih penakut sebenarnya kerana takut diri sendiri dilukai oleh orang-orang sekeliling. Kadang-kadang, bila dah menyerah untuk bersabar orang mengata kita dah kebal, dah biasa dengan keadaaan tu jadi tak mengapa, kita ni boleh terima.

.
.
..
...
..
.


Tak pernah dengar ke? Titik-titik hitam yang kecil kalau disambung gabung, lama-lama boleh membentuk paus? Batu-batu api yang tersimpan lama-lama menimbulkan spark apinya sendiri lalu boleh meletup bagai gunung berapi? Lagi-lagi kalau darah muda menggelegak macam aku, nipis je tahap kesabaran aku. Tapi demi orang-orang tersayang, ditebalkan lapis demi lapis. Sedikit demi sedikit, ia akan terhakis jika keadaan tu tak berubah. Aku bukannya malaikat apetah lagi seorang ustazah. Bukan soal agama yang aku nak cakapkan, cuma soal perasaan.

Aku ada perasan, sekalipun aku cuba kaburi dengan senyuman manis atau muka do-no. Satu saja, respect others if you want to be respected, age & colors aside.

//end

ps: The Day The Earth Stood Still was hella boring although Keanu masih hot juga, seharusnya membalas tenungan Edward Cullen lagi sekali. Apakah keboringannya Twilight belum keluar di GSC Alamanda??

Hello!

Saya dah pulang ke tanahair!

Tapi sibuk bangat jadi update tentang Indonesia trip lainkali ya. Cuma satu, disebabkan tidak dapat menghantar/menerima sms ketika di sana, apatah lagi melayari alam siber. Saya nak mengucapkan

HAPPY BELATED BIRTHDAY Kak Rona!

Awak baru umur 28 tahun kan kan? Muda lagi. Benci sambut birthday sama budak2 busuk lain tapi tak ajak I!


Hmmf, mana hadiah?

One of those list

Yay yay!

  • Mp3 player Philips 2gb baru sampai! Freeeee courtesy of Citibank-Philips campaign

  • I AM GOING ON A HOLIDAY YAY!! Dimanakah tempat membeli-belah best di Jakarta? Spill the beans!
  • I belum packing barang lagi boo!
  • I can't stop shopping online despite the fact that I have to save money for the trip boo!
  • Tax return cheque(sp) RM96 is waiting for me at home yay!
  • I woke up at 730am today and have to go to work by 8! Terer!
  • I haven't apply unpaid leave for Monday 15th lagi boo!
  • I've lost a lot of weight, my office girlfriends say I have chubby cheeks but a bony body -_-
  • What's up with people who calls up the wrong number, yells and have no courtesy to say sorry and just hang up. Bitch.
  • My emotions are easily triggered lately, I'm easily pleased, easily irked, easily kenyang, easily sleepy, easily emotional.
  • Nak retail therapy tapi tak dapat-dapat lagi, sabar sabar Jakarta I'm coming to you.....
  • Saya suka conformist commenter, lol. I don't update as often and most of my updates are about me, myself & I. And Shoplifters. Or Urban-Retro.
  • I'm totally scared of ph zdr (paham tak?), tapi takpelah I'm not a famous blogger nor do I update any good stuffs for her to bash me. But sangat kasihan dengan mereka yang saya kenal dan dikutuk sebegitu rupa oleh dia.. Kadang-kadang ph zdr reminds me of Perez Hilton versi dunia blogger.
  • I like Givenchy shoes, yet to find any peep-toe boots that I like except for this, yeah yeah yeah, soo last season kan my taste? Ofcourse I would not mind a cheaper knock-off, dude I don't have 10k pay per month alrite. First two pictures Givenchy Spring 2009, and two last pictures Givenchy Fall 20-0-0-8. I'm still a sucka for black + gold.
  • I'm having semi-major breakouts on my skin, tu la malas nak cuci muka lagi lepas balik kerja. Padan muka. And Clinique set dah habis, seperti rasa tak satisfying pakai set tu.. semakin berminyak adalah. Any other suggestions? What do you gal/guy use for skincare?
  • Hmmm hmmm.. Nanti kat Jakarta nak buat treatment rambut and maybe change my hairstyle a bit. Mengikut jejak langkah Aoki, hohohohoho. Bukanlah warnakan sehingga berkarat tapi tengoklah nanti macammana, nak potong pendek sayang pulak.
  • Okay bye.
  • EDIT. I think I may need a faux leather skirt. Or a leather skirt. + Patterned tights.

mm

Jeez, I made three drafts of an entry and eventually just left after a few lines. I wanna update but I don't wanna update. You know lah kan. Anyway I'm glad about a few things;

  • that we talked it out
  • that I'm gonna leave the country for a week, soon
  • that business is doing good
  • that I'm a good buyer LOL perasan
okay lah don't know what else. I need to pamper myself a lil.


Untitled



Minggu lepas aku terer gila, tak makan dari pagi sampai malam. Gerak naik pengangkutan awam yang sendat dengan pendatang asing dan pelajar universiti yang tak balik kampung dengan membawa wang berkepuk-kepuk dan berpakaian ala mahu ke MIFA tapi tak pergi.

Sebenarnya, aku pergi membeli stok untuk Shoplifters. Pherry Clucker dipaksa bekerja maka aku terpaksa membeli barangan MonMon (Monday Monsieur) seorang diri. Urgh, tak sangka aku berjaya mengangkut lebih 5kg (agaklah) barangan ke sana kemari seorang diri sehingga minah ni tiba. Berdasarkan saiz tubuh badan, mungkin aku lebih kuat. Kami agak buntu membuat pilihan kerana ketiadaan gadis NF kami. Jika dia ada, mesti kami pantas & hebat membuat pilihan!

Kemudian, selepas menghabiskan wang yang diamanatkan gadis NF dengan jayanya kami melepak (atau lebih kepada melepek) di warung minuman makcik baik hati tapi ada tikus besar kat bumbung, selama lebih kurang 2 jam. Minum air bergelas-gelas sampai rasa nak terkucil, gat dem! Tiba-tiba, makcik tua ni datang secara mengejut. Cis! Turun KL tak habaq! Piap!

Vintage houndstooth skirt worn as a tube top (vintageouss)
Vest (bought in japan)
Bicycle necklace aka Rantai Basikal (malacca)
Wide Leg Jeans (promod)
T-Bar Sandal (jusco)


Brass angel wings ring (soak republic). Aku hadiahkan yang silver untuk Pherry.


Bondage Gladiator on Kak Rhona (the shoplifters) // Kilat-kilat gladiator on Schuhz (online)

Lepak dan bergosip entah apa-apa beberapa ketika sehingga Pherry datang mengambil kami. Kemudian hantar Kak Rhona ke stesen LRT dan kami makan kenyang-kenyang di Asia Cafe SS15 sebelum bergerak pulang ke Perak.

Dah balik, aku dan pherry berjaya score mannequin bersaiz S yang cuma berharga RM50! Hehe sementelah Schuhz menamakan mannequinnya Sundal (ala yang selalu keluar kat leftovers tu), aku pun menamakan mannequin aku as Sundae. Comel dan sesuai dengan hari yang aku dapatkannya!



Oh ya, aku juga telah membuat kerja gila. Dengan membeli dua beg leatherette fringe bernilai RM80! Sekarang aku rasa agak keterlaluan pula lalu nak menjual beg fringe yang berwarna ungu gelap tu. Hmmm... patut tak?