Dah makan tu kami jumpa mak pulak kat tempat kerja dia, hihi. Lepak-lepak tengok handphone baru dia. Warnanya mengingatkan aku pada Fire Red Bucket Bag kat Shoplifters. Naz sebelum tu ada cakap kat aku yang mak suka baju aku yang aku pakai malam pulang ke kampung aritu. Dia macam nak. Aku macam sedih sikit sebab baju tu aku sayang, baju MNG yang aku beli sorang-sorang masa Naz sibuk je pegi Barcelona ntah buat ape (kerja, obviously). Hmmm :"(
Pastu kami pun bergerak lah balik KL kan, lalu ikut jalan lama sebab confirm punya lebuhraya PLUS sesak nafas. Perjalanan lancar dan menyeronokkan, macam easy breezy beautiful. Tiba-tiba adik aku,
Kakcik, nak plastik.
Plastik?, aku cakap.
Tak sampai satu saat lepas aku reply,
BWEKKKKKKK!!
Bau yang semerbak tak hingat menerpa hidung aku. Urgh tak guna! Aku pun dah mula lah marah-marah sebab muntah dalam kereta padahal perjalanan baru je nak sampai pekan lama Gopeng. Terus Naz berhenti di R&R yang seterusnya. Aku taknak keluar mula-mula, biarkan adik aku selesaikan sendiri. Bila Naz panggil mintak tolong, aku tengok la kat lantai belakang seat aku, pergh! Sikit punya berlambak lah nasik goreng ayam hancur campur nescafe campur mee goreng campur rendang ayam. Aku dah mula panas hati dah. Eeeee geram tau! Dia muntah ke plastik kuih-muih, rendang, nasi, kek lapis ape semua jenis baranglah ada kat plastik belakang seat aku tu. Panassss panasss.
Tu lah, TAMAK. Orang nak makan, dia nak makan jugak! Bukan tak tahu, pagi tu mesti dia melantak masakan enche' dengan sepuasnya. Ada hati jugak nak makan lagi sekali tak sampai sejam lepas menyantap. Haih, perlukah aku bersabar?
Zul Ikram, potong duit raya tahun depan! Hmf!
---------------------------------------------------------------------------
Tapi tak mengapa, dalam perjalanan pulang tu kami singgah ke tempat thrifting best. Aku berjaya membeli beg vintage yang cantik! Nampak gaya terpaksa lah aku jual beg vintage 6Ts yang hitam tu. Belum sempat memakai lagi tapi takpe, aku memang suka ada satu warna untuk satu gaya beg sahaja. Nyehehehe! Lagipun, dah broke la brader :(
No comments:
Post a Comment
Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)