SKINHEAD- NOT!
Hmm agak kelakar, pada satu hari aku menerima invite di Flickr aku untuk join Modepass. Ape tu pun aku tak tahu. Dah la Flickr account yang satu tu memang tak banyak langsung gambar. Sangat sikit and sangatlah tak menarik. Jadi aku pun buatlah account Modepass ni sebab dia kata by invitation only. Yelah, aku pun nak tahu apa yang best sangatnya. Aku buat profile aku sama macam template blog aku time tu. Upload gambar aku sikit2 pastu dah. Sebulan sekali, modepass akan hantar update kepada aku. Biasanya ada member yang ingin add to contact. Kali ni aku menerima mesej di inbox Modepass. Oh rupanya gambar aku dimasukkan ke dalam Flair Magazine mereka yang in beta stage anyway. Ceh, gambar aku paling tak best sekali. Bwek. Tapi aku rindu ke-konsistensi-an(wujud ke perkataan ni?) rambut aku selepas baru dipotong tu. Kalau korang perasan, which is memang lah tak sebab aku tak update blog atau bagitahu sesiapa-- aku potong rambut lagi. Kali ni aku samakan length rambut aku. Pergi salon haritu, stylist tu hampir nak menjerit tengok kulit kepala aku kemerah-merahan dan patches botak sana sini. Dia cadangkan scalp treatment tapi aku selalunya menolak, cumanya reaksi dia lepas tengok kulit kepala aku tu membuatkan aku terkejut. Teruk sangat ke?? Lalu aku pun bersetuju.
Lagipun, aku baru dapat upah jadi penyangak time tu. Heh, buat je lah! Pherry geleng kepala. Tapi bila stylist tu tunjuk kondisi kulit kepala aku kat dia baru dia macam bersetuju tak semena-mena. Lepas buat scalp treatment, memang kepala aku sakit gila. Pedih-pedih je rasa. Stylist tu suruh aku tukar cadar, sarung bantal, tukar semua sikat atau rendam dalam air panas, cuci rambut guna air sejuk jangan air suam and jangan pakai wax kecuali di hujung rambut. Aku angguk2 pun dah macam burung belatuk. Lepas tu, aku disarankan membeli syampu Kerastese Bain Prevention. Apa-apa jelah yang penting rambut aku sihat ok.
Setakat ni semakin berkurangan lah rambut yang berguguran, kot. Cubalah kamu bayangkan aku modelkan baju-baju penyangak dengan berkepala botak. Agak-agak menarik tak?
- Mungkin menarik jika, pembelinya botak juga?
//
Urgh hujung minggu ni aku sibuk ♥
Sila datang bagi sokongan tau tau!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
maybe ko bleh berlakon dalam filem alien yang terbaru (kalau ade laa..) hehehe.
ReplyDeletei asyik masuk blog you sebab tengok layout. camana ni?
ReplyDeletesinead o'connor masih bertahan di top 10 paling cute buat aku
ReplyDeleteAmi!:)
ReplyDeleteGila seram dengar pasal hair treatment you tuh.
btw, Shuz betul lah layout blog Ami ini macam 'melampau'
heheheh;)
ehh, i tak penah dgr modepass.. adoiii hehe btw, nice meeting u da other day hun!!! woot woot!!
ReplyDelete-Qilahlala
i tau, u nak jadi kapten alien tu kan? sangat sesuai! :P
ReplyDeleteschuhz, is so sexy aaite ;)
ReplyDeletepjoe, betul tapi kena fikir faktor bentuk muka dan apa yang ada kat muka (cun ke?). kalau ye buat ape pun cute kot.. ahaha aku masih belum cukup konfiden ^-^
ReplyDeleteqilah, i pun tak pernah dengar modepass sampai lah diinvite. ade ape ntah, i pun tak pandai nak guna benda2 situ haha
ReplyDeletenice meeting you too babe!
patutlah rasa macam tertinggal sesuatu! hmmf ferdows it's not as scary hokay. i masih hidup dengan selamat with hairs and brain on top of my head :P
ReplyDeletei tau u jeles dengan keseksian layout i haha
yeay! bila lah i nak botak. ami dah pernah tengok i keluar pakai ubat jerawat je. eh cantik layout. shoplifters punya baru pun i suka.
ReplyDeletethanks sarah! i suke wide layout u jugak :)
ReplyDelete