Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Ahli Penyangak & Pelanggan

Semalam, sesi pertemuan aku lagi dengan para jelitawan pembeli. Ada seorang ni, sangat baik sangat bersopan dalam menyusun ayat dan kata-kata manis dalam emel kepada theshoplifters dan mesej teks kepada aku, aku pun sangaaat lah suka dan terharu juga dengan dia. Kerana dia sanggup menangguhkan pertemuan aku dengan dia untuk memberi barang semata-mata kerana tidak mahu menyusahkan aku dalam jadual sibuk aku. Sibuk ke? Entah, boleh la kot tapi kalau bab hal penyangak aku sanggup aje sebenarnya. Jadi nak dijadikan cerita, malam semalam akhirnya tiba waktu dimana kedua-dua kami mempunyai masa lapang untuk bertemu. Aku, tika itu terbaring jelepuk atas katil dengan masih memakai dress vintaj yang aku pakai ke pejabat. Berpeluh tak ingatlah sejak cuaca panas bahang dua tiga minggu ni. Sedar-sedar aku mendapat teks mesej caturan pertemuan dari pelanggan 1.

Hmm kata aku, tapi.. aku busuk dan belum mandi dan rambut berminyak. Ah segan!

Oh ya, barang dia dalam kereta kekasih..heh boleh la membuli kekasih bertemu pelanggan.

Aku mengaturkan pertemuan mereka di stesen minyak depan rumah aku sambil seronok-seronok baring comel-comel.

Eh tiba-tiba si pelanggan mahu bertemu juga, sanggup memanjat tiga tingkat rumah aku lagi. Katanya mahu bertemu, ada hadiah mahu diberi.

Aku bangun terus, agak terkejut. Perlu ke, kataku. Rumah bersepah, kataku. Diri pun belum dibersihkan, aku segan!

Sambil itu aku menghantar teks mesej kepada pelanggan 2, kerana dia mendiamkan diri bila aku kata kekasih aje yang bertemu dia. Dia membalas bersetuju selepas aku kata jumpa jam 1030 tempat biasa. Okay bagus, struck two birds with one stone.

Pelanggan 1 kata tak mengapa, sekadar bertemu di pintu pun cukup. Aku tak perlu susah-susahkan diri.

Cuak juga aku, melihat sekeliling. Melihat tingkap terbuka luas. Melihat si housemate yang baru nak masuk bilik air untuk mandi. Alamak..

Aku cepat-cepat tanggalkan dress dan pakaian dalam semua mencapai tuala dan menunggu housemate selesai mandi. Keluar saja dia, aku meluru masuk. Ahh bencinya bahang bilik air yang baru digunakan!

Tak selesa tapi aku perlu mandi dan shampu rambut. Segera!

Selesai segalanya, teks mesej dibaca di atas katil. Kekasih kata pelanggan sudah tiba. Aku kata tunggu aku, ambil aku di bawah. Sarungkan skirt jeans, singlet biru dan kardigan ceri ber-hood untuk menutup rambut basah aku gegas turun sambil membawa beg mekap. Konon-konon la sempat menepek bedak. Iyelah sangat.

Setiba di tempat pertemuan, kami parkir kereta sebelah kereta pelanggan 1. Si gadis comel berambut wavy keluar dengan senyuman lebar. Aku, masih tersipu-sipu malu dengan keadaan baru mandi tak siapnya.

Dia, hadiahkan aku sebiji muffin Cinnebon. OMG sangat sweet!! Alasannya kerana dia telah menyusahkan aku. Aku tak terkata apa, dahlah comel, cute rambut curly wavy macam aku pastu baik hati pulak tu. Ok aku tabik kekasih dia dalam kereta tu, she's quite a catch. Kata aku lah dalam hati.

Aku serahkan step-on leggings hitam dia, pembelian bernilai RM18. Ya, kerana ini dia memberikan aku hadiah? Geng penyangak memang bertuah ada pelanggan begini kan. Cuma aku la paling bertuah sebab aku yang dapat makan huahuahuahuahuahua. Aww sekali lagi aku cakap, aku terharu sangat. Bersalam bercium gesel pipi dan kami pun berlalu. Kekasih aku pun tak habis-habis memuji pelanggan 1, yang bernama Cik Julissa Razali atau lebih cute dengan panggilan Jackie ;) Terima kasih awak!

Selepas Jackie berlalu, aku terima teks mesej pelanggan 2. Aku tanya, kereta Waja kah? Ini kali kedua aku bertemu dengan dia. Sebenarnya aku silap, sebelum ini dia memandu Gen-2 putih. Selamba aku taip Waja. Haih.

Sekali aku pusing-pusing stesen minyak tu, aku seperti nampak dua orang wanita yang macam dikenali dalam kereta Jaguar. Kekasih berhentikan kereta, aku pandang mereka.

Mereka pandang kembali. Aku keluar. Dan mereka lambai.

Hehe, katanya ingatkan gadis bertudung mana tadi berdasarkan hud kardigan ceri aku. Aku serahkan empat helai dress vintaj kepada dia dalam beg kertas Famous Amos, kesemuanya bernilai RM200. Aku minta maaf atas penampilan aku yang tak semenggah, dia seperti biasa senyum manis dan bersalam dengan aku.

Sebbaik aku pulang ke kereta, kekasih bertanya, betulkah ni? Perempuan tu macam memandu Jaguar je..

...
..
.

Ok kami masing-masing dah senyum lebar sampai ke telinga, berjalan pusing-pusing dalam kereta sambil tak terkata apa kecuali praises kepada pelanggan kami sampai penat, dan seterusnya pulang kerumah.

Dan, nak tahu.. aku baru dapat tahu bahawa Pelanggan 2 merupakan isteri seorang artis yang tinggal di sini. Panggil aku kuno atau kampung, tapi aku still *starstuck*

Eeeeeeh, sayanglah pelanggan penyangak! Okay, malam ni nak jumpa si Lullaby pulak! Lullaby jom sayang ♥

14 comments:

  1. cik julissa tu orang kuantan. i bakal jumpa dia on 28. alamak!

    (segan)

    ReplyDelete
  2. kenapa u segan? baik u prepare kek coklat atau masakan terhandal u untuk dia. i sokong habis-habisan! <3

    ReplyDelete
  3. Saya bakal berjumpa yourdrugbuddy rupenya. hehe anyway Ami awak sgt baikla. *Senyum lebar seakan-akan nampak gigi*

    ReplyDelete
  4. sebab you cakap dia comel so I segan lah.

    ReplyDelete
  5. okay sekarang kenapa korang bakal berjumpa..... nak ikot!

    @jackie, awak pun sama k.
    @k rona, you pun comel jugak. ok sekarang tolong masak untuk i. hehe

    ReplyDelete
  6. alamak kantoi ada kat blog. hehe. hi jackie.

    ReplyDelete
  7. love what u did with shoplifters.
    blog hop from Qlala.

    lets exchange links =)

    ReplyDelete
  8. My wife lah tuh.
    She drove my jaguar last night.
    Gen 2 dia servis nak balik kampung
    hahaha
    (Imagination dasyat)
    SELAMAT HARI RAYA AMI!:)

    ReplyDelete
  9. Membalas komen diatas..oh kami (jackie dan yourdrugbuddy) mempunyai hubungan sulit jangka pendek. sbb tu nak kene berjumpe.
    *senyum panjang*
    Kalu Ami nk buat hubungan sulit jugak jom la. *senyuman malu-malu kucing*

    ReplyDelete
  10. hello superumi, it was not a work of one man alone. i wouldn't be motivated enough to do it all by myself ;)

    sure, i'll link you yeah!

    ReplyDelete
  11. ferdows T___T

    boleh i pinjam jaguar imaginasi you?

    ReplyDelete
  12. @jackie & rona, *ragu-ragu* *garu-garu*, sangat tak faham.. *garu-garu*

    ReplyDelete
  13. omg. it seems like i used to know that miss julissa razali. so called old frens anyway

    ReplyDelete
  14. so called old frens?

    i hope that it's a good thing now that you guys met again :)

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)