Semalam berhempas pulas (tak sangat) aku menyiapkan blog
The Shoplifters, terima kasih banyak atas pertolongan
liy yang comel online store kami telah berjaya disiapkan. Cuma tinggal mengumpul pelanggan untuk mailing list and such. Kami rasa macam super proud momma setiap kali buka blog tersebut. Dah la kekasih puji ayat-ayat dalam tu macam dari majalah fesyen, well sape lagi yang buat-kan kan kan.
Bijou Bazaar memang best gila! Ramai sangat sehingga tak dapat ditampung lagi kedatangan pelanggan ke kedai kami. Sudahlah staff kami sendiri pun ramai hihi, terpaksa aku berdiri tepi pintu je jadi usher XD, apa-apa pun aku sangat berpuas hati dengan jualan haritu. Rasa nak buat lagi lah!
Ini dia sedikit pencuci mata,
Shuz, Tina & Hui WenSedihnya kami tiada gambar bertiga bersama! Oh ya aku menghabiskan hampir RM200 untuk semua barang dibawah. Sangat gila berbaloi! Ada satu baju tiada dalam gambar kerana aku pakai ke pejabat semalam, oh ya pinjam gambar
Gossips Boutique jap!
Dari kiri: Kemeja dan skirt bukan dari Bijou tapi jumlahnya RM9, Lightning Bolt Grey Tee RM27, Topshop Smocked Tube RM10, Ruched Neck Top RM25(macam topshop punya tu!), Tommy Hilfiger Plaid Button Down RM15 (as soft as cashmere!), Straw bag with Chain RM20, Tan Belt RM15, White Bangles RM2, Chanel inspired Quilted Bag RM74. Obnoxious Black Necklace from Topshop RM19(original price RM76) at Factory Clearance di Bangsar Village II.
Oh ya grey wedges tu hasil swap dengan Shuz untuk dress Awesome Swallow aku. Hehe, best! Lacoste inspired :)
Warna grey, spots berwarna neon green, yellow & pink. Perfecto dan cuma RM35!
Masih ingatkah anda tentang Button Down denim skirt yang aku sebut di
sini? Sebenarnya aku memilih membeli Swing Skirt atas nasihat kekasih... Tapi bagus jugak sebab aku jumpa skirt Gap ini. Similar kan? Heh.