Setibanya kami di sana, susur masuk ke Midvalley dari arah Seremban telah ditutup dengan selambanya oleh pak guard secara tak semena-mena. Kot yea pun nak tutup jalan lain kali bagilah warning dulu, buat pengumuman di radio atau di laman web SnS ke, ni sukahati je buat muka sombong berdiri situ. Hmmf, terpaksalah kami pusing musing Bangsar dan masuk melalui susur berhampiran Dataran Maybank. Parkir kereta di The Gardens rupanya sama kadar dengan Midvalley, ok aku baru tahu. Lain kali mudah parkir di situ aje, lebih selesa dan luas. Masuk saja Midvalley, ternampak Diva dengan papan tanda EVERYTHING UNDER RM13. Hampir meluru masuk bagai seorang toreros ingin menawan lembu ganas, nasib kekasih menenangkan aku. Diva ditangguh dahulu, menuju ke Zara. Hajat kekasih ingin membeli sepasang jeans untuk dirinya sementelah jeans kegemaran Zara telah dirampok, jeans Levis-nya pula dah terkoyak di lutut ("susah betul ada lutut tajam ni", katanya). Malang sungguh nasib kekasih, jeans yang diidamkan bukan dalam kategori diskaun 50% mahupun 5%, NEW COLLECTION. Bajet memanglah tiada untuk yang itu, keperluan terpaksa diketepikan. Kemudian saja jawabnya, sugul sungguh muka dia. Olololololololo. Seterusnya menuju ke kedai wajib, TOPSHOP. Nyehehehehe. Yes! That button down denim skirt yang aku mahu sudah diskaun lagi. So Farah Fawcett mmkay. Tapi bila aku cuba, kelihatan pendek pula. Boleh dikatakan mini skirt tak macam dalam gambar di bawah. Aku kata ok je, boleh dipadankan dengan sheer black tights, tapi kekasih kata NO. Jadi aku pun mencuba denim swing skirt, comel ada poket tersembunyi untuk menyorokkan my dirty hands and sweets. Ia ala skirt seorang penyorak pasukan ragbi, which makes my derriere seems larger than life. But meh, I think I can make it work. Yakin lah sikit okay? Akhirnya, cuma aku seorang yang membuat pembelian. Sekarang, cuba teka skirt mana yang aku pilih?
p/s: Happy Birthday Putir!!
Saya suka skirt yang pertama dari atas.
ReplyDeleteTutu skirt is tak berapa cantik.
i know i like that one too :>
ReplyDelete