Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

my life in bullets

  • Giant Hypermarket bagai dah tahu rahsia pakaian bundle/vintage yang menjadi all the rave masa kini. Siapa bocor rahsia ni! EDIT: mungkinkah mereka membaca blog?
  • Kasut di Forever21, selesa dan berbaloi untuk dibeli tak? (Shoes at Forever21, how are they like. Are they comfortable to wear for walking more than a block?) EDIT: mungkin dibeli bulan hadapan saja.
  • Or is there anybody in U.S, who would be too kind to help me buy this? :[ Masalah selesai.
  • My birthday is coming up, kamu semua masih ada masa untuk beli hadiah. Haha
  • Sangat teruja untuk BIJOU BAZAAR. Semua girlfriends wajib datang tau & beli barang saya! Semua lelaki yang baca blog ni sila la bawak girlfriends & cash korang. Nyeheh. Used & brand new items semua ada bagai :)
  • Esok saya nak potong rambut. Messy gila dah. Gabungan gambar diatas, anda boleh bayangkan? I hope the stylist can XD Stylist memang terrer, tengok sekali dah faham isi hati I. Wax saja belum dibeli. Hmm..
  • Ok tu je. Bye!

FREE TICKETS

I won free tixs to X-Files, thanks again KLUE.

Guys pls don't hate me :)
Reviews have said that the movie sucks. I don't care as long as it's free.
Nyehehehehehehe.

Saturday Shits;

Antara perkara-perkara yang membuat aku lokek bekerja di kompeni ni, bekerja seperti any normal day pada hari Sabtu. Termasuk Sabtu 050708 haritu yang aku terpaksa korbankan cuti tahunan demi menghadiri perkahwinan Puaka sebab 130708 aku dah ada kat Kuching layan RFWMF. Termasuk juga 020808 dimana aku akan korbankan lagi cuti tahunan kerana aku dah berjanji nak bersama-sama perempuan-perempuanku membuka kedai di Bijou Bazaar, jangan lupa datang dan bagi sokongan okay? Termasuk juga bakal menjelang 160808, aku pun tak pasti ada event apa hari Sabtu yang ini. Pastinya aku akan masuk kerja macam biasa iaitu jam 8pagi kemudian balik selepas 530petang. Banyak benda yang aku lokek bekerja sini, tapi eh takpelah asalkan aku dapat duit tiap-tiap bulan kira bersyukur lah tu. Selepas kekasih menyediakan macro kiraan bajet bulanan agak lega sikit sebab nampak semuanya tertulis dalam kertas dalam bentuk nombor-nombor, cuma perlu masukkan digit gaji, debit dan kredit aku sudah tahu berapa banyak aku dah belanja T______T. Selama ni tak pernah pun aku tulis perbelanjaan aku, la ni baru nak buat. Maaflah, aku yakin semua orang ade benda ni untuk senang keep track penggunaan wang masing-masing kan? Sekurang-kurangnya taklah aku menggelabah hanjing bila dah nak hujung bulan.

Cuma... aku agak benci dengan polisi kredit kad yang terbaru ni. Perbandingan eh,
Dulu:
------
May -> hutang 400 -> bayar 300 -> balance 100
June -> hutang 200 + 100 --> bayar semua

interest kene atas 100 yg May tu

Sekarang:
-------------
May -> hutang 400 -> bayar 300 -> balance 100
June -> hutang 200 + 100 --> bayar semua

Interest kene atas 100 (May) and 200 tu jugak. Sebab interest free period tu void untuk org yg carry-forward hutang.
Hampeh tak? Terutamanya bagi aku yang statement keluar awal bulan dan perlu bayar sebelum hujung bulan. Maka tak dapat lah aku carry-forward walau 1 sen pun demi mengelak interest. Selama ni memang lah berjaya mengelak sentiasa, menggunakan hikmat bayar terus bila keluar kat m2u. Ahah.

Apa-apa pun, baru pukul 940pagi ke? Oh lambatnya masa berlalu :(. Oh ya, lihat ini. Omnomnomnom.

p/s: HO HEY UPDATE ON SPUTNIKMERCH!;)

Friday Night;

Malam semalam aku dan kekasih telah men-JuscoCard-kan diri kami dengan menyinggah ke Midvalley selepas pulang kerja, well taklah menyinggah sebab ia bukan route perjalanan kami. Boleh dikatakan kami memang merancang nak ke sana cuma tiada sebab yang utuh apatah lagi dalam keadaan baki wang di bank cuma xx.xx sahaja. Pertama kali aku pergi ke Hari Ahli Jusco adalah di Melaka, agak hectic. Masa tu masih lagi pelajar universiti yang miskin dan suka berjoli dengan cara naik bas 2 jam untuk berjumpa kekasih, bercengkerama dengan berjalan-jalan di kota tua Melaka apatah lagi Jonker Street/Walk dan menonton wayang di GSC Mahkota Parade pakai kad pelajar kemudian pulang semula ke universiti menaiki bas 2 jam lagi. Nyehehehehe. Kali kedua aku pergi adalah di Taman Equin. Niatnya dah lah nak melawat Bonda di rumah kakak, depan Jusco je! Tapi ternampak saja kain rentang JUSCO MEMBER'S DAY terus membuat pusingan U dan menghala ke Jusco, usah cakaplah setiba sahaja di sana gelap mata sekejap melihat barangan yang diskaun dengan melampau. Kalau tak silap, kebetulan tika itu hampir Aidilfitri. Terpaksa membuat panggilan telefon kecemasan kepada Bonda mengatakan kami akan datang kemudian hari saja, harini tersangkut di Jusco. Bonda tepuk dahi! Lain kali kami datang membawa permainan untuk Adam sekali, pandai bermanis mulut hihi(aww man, rindu la mamat comel ni)

Setibanya kami di sana, susur masuk ke Midvalley dari arah Seremban telah ditutup dengan selambanya oleh pak guard secara tak semena-mena. Kot yea pun nak tutup jalan lain kali bagilah warning dulu, buat pengumuman di radio atau di laman web SnS ke, ni sukahati je buat muka sombong berdiri situ. Hmmf, terpaksalah kami pusing musing Bangsar dan masuk melalui susur berhampiran Dataran Maybank. Parkir kereta di The Gardens rupanya sama kadar dengan Midvalley, ok aku baru tahu. Lain kali mudah parkir di situ aje, lebih selesa dan luas. Masuk saja Midvalley, ternampak Diva dengan papan tanda EVERYTHING UNDER RM13. Hampir meluru masuk bagai seorang toreros ingin menawan lembu ganas, nasib kekasih menenangkan aku. Diva ditangguh dahulu, menuju ke Zara. Hajat kekasih ingin membeli sepasang jeans untuk dirinya sementelah jeans kegemaran Zara telah dirampok, jeans Levis-nya pula dah terkoyak di lutut ("susah betul ada lutut tajam ni", katanya). Malang sungguh nasib kekasih, jeans yang diidamkan bukan dalam kategori diskaun 50% mahupun 5%, NEW COLLECTION. Bajet memanglah tiada untuk yang itu, keperluan terpaksa diketepikan. Kemudian saja jawabnya, sugul sungguh muka dia. Olololololololo. Seterusnya menuju ke kedai wajib, TOPSHOP. Nyehehehehe. Yes! That button down denim skirt yang aku mahu sudah diskaun lagi. So Farah Fawcett mmkay. Tapi bila aku cuba, kelihatan pendek pula. Boleh dikatakan mini skirt tak macam dalam gambar di bawah. Aku kata ok je, boleh dipadankan dengan sheer black tights, tapi kekasih kata NO. Jadi aku pun mencuba denim swing skirt, comel ada poket tersembunyi untuk menyorokkan my dirty hands and sweets. Ia ala skirt seorang penyorak pasukan ragbi, which makes my derriere seems larger than life. But meh, I think I can make it work. Yakin lah sikit okay? Akhirnya, cuma aku seorang yang membuat pembelian. Sekarang, cuba teka skirt mana yang aku pilih?
versus
Seterusnya menuju ke Jusco, oleh kerana terlampau ramai orang dan gila hangit bingit kami pun berlalu meninggalkan MidValley. Semua department stores telah pun tutup tika itu jadi tiada Diva untuk aku semalam. Lain kali mungkin. Makan malam kami, char kuay teow di Puchong lah. Kegemaran bersama. Yesterday ended well in my opinion, especially the part we partially play recite Reflections of A Skyline along the drive.. ;)

p/s: Happy Birthday Putir!!

LOVE


Reflections of a Skyline from Michael Tamman on Vimeo.

thanks to liy.

i wrote this down from the sounds i played over and over again, let me know if it's wrong and i didn't get one word out of all... help?

and i wanna play hide n seek
give you my clothes
tell you i love your shoes
sit on the steps, while you take a bath

and massage your neck
and kiss your face
and hold your hands
and go for a walk

not mind when you eat my food
and meet you at rudy's and talk about the day
talk about your day
and laugh at your, your paranoia

i give you tapes you don't listen to
watch great films
watch terrible films
and tell you about the tv program i saw the night before
and not laugh at your jokes

want you in the morning
but let you sleep in for a while
tell you how much i love
your eyes
your lips
your neck
your tits
your ass

sit on the steps smoking, till your neighbors come home
and sit on the steps smoking till you come home
and worry when you're, late
and be amazed when you're early

i give you sunflowers
and go to a party and dance
be sorry when i'm wrong
and happy when you forgive me

look at your photos
wish i'd known you forever
hearing your voice, in my ear
feel your skin, on my skin

and get scared when you're angry
i tell you your gorgeous
and hug you when you're anxious
hold you when you're hurt

and want you when i smell you
and offend you when i touch you
and whimper, when i'm next to you
and whimper when i'm not

dribble on your breast
smother you in the night
and get cold when you take the blanket
and hot when you don't

melt when you smile
dissolve when you laugh

but not understand how you think i'm rejecting you
when i'm not rejecting you
and wonder
how you could think i'd ever reject you
and wonder
who you are
but i accept you anyway

and tell you about the tree angel
enchanted forest boy
who flew across the ocean
because he loved you

i buy you presents you don't want
and take them away again
and ask you to marry me
and you say no again
but keeps on asking because don't
you think i don't mean it?
but i always have from the first time i asked you

i wonder the city, thinking
it's empty without you
but i want what you want
and think i'm losing myself
but, but, but

i'll tell you the worse of me
and try to give you the best of me
because you don't deserve any less

answer your questions when i'd rather not
and tell you the truth, when i really don't want to
and try to be honest, because i know you prefer it

you think it's all over but
hang on, for just 10 more minutes
before you throw me out of your life
forget who i am
and let me try to get closer to you

and somehow, somehow, somehow
communicate some of the overwhelming
undying
overpowering
unconditional
all encompassing
heart-enriching
mind expanding
ONGOING
NEVERENDING
LOVE


i have for you

LOVE




Lawak Ganu

Samekong dan salang sejahtera. Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!

Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barul! ah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilihtu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih. Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!).......

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapapulok".

Sampuk pulak kawan yang kedue ni.... "mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".

Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu
jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun.... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukangnye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control ma! cho lagi".

Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil.

Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi???". awang nombor satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye.... pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".

Kawang nombor due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku
tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."

Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu nampok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".

Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.

Name kawan nombor due pun dipanggil.... Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu
tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang
kuor, jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang
interbiuw tok nampok aku selok tadi".

Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku pong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".

Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"

Kawan no tige pulok jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda!"

Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea..... "Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."

Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?

Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel suke sampai kang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang................. "Datuk Calvin Klien".

Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu.....Gitulah cerite nye.... spang kederang sunggoh!!!

p/s: spang kederang tu apa ye?

Sometimes it's those little things that you do;

I had one of the best weekends ever since ages last week.

Walaupun pernafasan agak terganggu dengan selesema tak sudah dengan wajah sebu tak semenggah tapi gembira dapat bertemu dan bergumbira dengan tina dan shuz. Kebetulan sangat setelah berjalan-jalan di Amcorp Mall, kembali mengambil si Teh di Wangsa Maju dan menghadap kesesakan lalulintas di Pavillion demi Batman: Dark Knight(again!) dan kemudian ke Pelita di Ampang, baru kami sedar bahawa kami boria memakai sandal gladiator berlainan stail, baju vintage masing-masing berjalur lintang tegak & beg berwarna coklat berlainan rona! Sweet tak kami? Aku berjaya membeli satu clutch/sling RM10, bead necklace RM6 dan sekeping tray kecil berhias muka hadapan Vogue RM2 di Amcorp. Berbaloi! Kemudian ahad pulak menghantar ayah pulang ke Kelana Jaya untuk menumpang kereta kawan K-rol. Head off to Cash Converter dan berjaya memperoleh original CD of Damien Rice; O & B-sides. Sayang mendapat double album Too Phat, lama seh tak dengar mereka rapping kan? Dan sepasang vintage sunglasses for RM5, terima kasih kepada Adik & Firdaus sebab belanja :) Kemudian kami ke Ikea & The Curve's Flea Market. Terrrlalu banyak benda yang aku inginkan di sana tapi malangnya wang yang ada sememangnya cuma cukup untuk bernafas tenggelam timbul sehingga gaji masuk minggu hadapan. Kasihan K-rol dipaksa mengikut ke sana kemari sehingga tertidur di sofa Starbucks, nasib baik ada loverboy & Firdaus untuk teman dia. Aku pula nasib baik ada Adik untuk melayan kerenah shopping aku yang pastinya akan singgah hampir setiap stalls yang ada. Honestly, no other man can stand me. Hah! Pulang dari flea market dengan membawa sepasang lagi wayfarers. Aku hampir berjaya memujuk kekasih membeli rangka wayfarers itu untuk cermin mata bacaannya. Dia cuma rabun jauh yang sangat sedikit, tapi astigmatisme yang teruk sehingga menyebabkan migrain yang kronik. Dia bercita-cita mahu yang keluaran original Ray-ban, aku setuju aje asalkan dalam kemampuan (at the moment memang tak lah). Haih, lama sungguh tidak rasa gembira keluar beramai-ramai seperti minggu lepas. Aku tak tahu kenapa taapi aku agak energetik dan gembira selepas pulang.

Walaupun tiada gambar untuk menggambarkan minggu lepas tapi it's etched in my memories more than anything else now.

I'M HAPPY.

FREE TICKETS

OMG I WON THE KLUE DARK KNIGHT TICKET FOR TONIGHT'S SHOW.

Terer jugak aku ni eh teka gambar. Dahla siap jawab dalam shoutout, sekarang nak delete shoutout pun tak reti. Sape terer PACMEE angkat keyboard!

Help pls :D

I can't believe I won. Now the question is whether or not I should go coz it's at GSC PAVILLION. Jauh okay... *sigh*

OKAY WHO WANTS THE TIX? SMS ME BEFORE 730PM, hope you guys are near to KLUE office coz they're only gonna wait for the pick-up till 830pm.

OK I WENT TO PICK UP THE TICKETS at KLUE, RUSHED TO CHERAS TO MEET UP MISS BASICATTIRE THEN RUSHED BACK TO KL, which is only 20mins away from Bangi. Tak la jauh sangat, selalu rasa macam jauh je if pergi. Hehe.. AND IT WAS SO FUCKING WORTH IT! BATMAN DARK KNIGHT, i bagi you lima bintang *clapclapclapclap*. JADI SIAPA YANG BELUM TENGOK , apa hang tunggu lagi?

y so srs?
lemme put a schmmmile on ur face!

hihi HEATH LEDGER, you always have my love <3<3<3

p/s: Selamat Hari Jadi Apitchong!

Mimpi Lagi;

Satu malam tidur di Sarawak, iaitu malam terakhir aku bermimpi sesuatu yang menyebabkan aku sedih gila. Aku mimpi kawan-kawan sekolah 14thbatch telah mengadakan majlis pertunangan beramai-ramai dengan pasangan masing-masing tanpa mengajak atau menjemput aku. Lagi pulak kebetulan memang aku berada di area majlis dan ternampak si Amelia berpakaian putih polos bermanik lebat lagak seorang pengantin dari kayangan. Eh, kata aku. Aku pun bertanyakan apa cerit Amy pakai baju macam ni? Kahwin tak ajak aku ya, selamba aku serkap jarang (macam betul, tapi mimpi je). Amy pun menerangkan beberapa puteri(panggilan buat budak perempuan sekolah aku dulu, kalau lelaki putera.. Gaya cikgu cakap, "Putera puteri SEMESTI.. jadi yang pertamanya adalah .. ") dari batch aku dah sepakat membuat majlis pertunangan beramai-ramai. Runtun jiwa sekejap, aku ingat sangat airmata aku bergenang sebab dilupakan. Amy tanpa bersalah mengajak aku ke tempat majlis diadakan. Dan disana aku saksikan Ili, Sun, Amy, Aini H, Aisyah Kecik dan ramai lagi bersama-bersama diarakkan ke pentas pelamin. Pasangan lelaki memakai tuksedo dan pasangan perempuan sedondon berwarna putih dengan gaya masing-masing.

Yang peliknya, jemputan cuma terdiri dari bebudak batch aku sendiri dan beberapa muka yang tidak dikenali, kebanyakannya wedding photographer & katering. Bila aku amati muka tetamu yang hadir, kebanyakannya senyum pahit sahaja. Samada kecewa dengan bekas kekasih yang dah diiikat orang atau cemburu bila dibanding nasib diri. Sempat jugala aku bertanya kepada salah seorang kawan tu, kenapa sampai hati tak mengajak atau menjemput aku. Mencelah yang kecewa berkata, dia pun tidak diajak.

Terjaga dari tidur memang hati aku sedih dan kecewa ditikam belakang oleh kawan-kawan sepuluh tahun ni. Walau jarang berjumpa atau berkomunikasi cuma di majlis kenduri mutual friends atau komuniti berlambak, tapi 5 tahun tinggal sebumbung, mandi berkemban di kolah sama-sama, main teng-teng kat kaki lima sebelah dewan makan(tak sangka aku main jugak lol malunya bila ingat balik), kena CS atau DC ramai-ramai.. macam mana lah hati tak sedih dilupakan betul tak?

Tapi bila diceritakan kembali kepada kekasih, digelakkan aje.. Ala bukannya kahwin pun, diorang bertunang pun nak sibuk-sibuk.

Hish, susahlah orang laki memang tak faham.

EDIT: found this regarding the beloved school. Ish geramnya! I know I saw Alimuddin talking about SEMESTI & Jubli Perak in the news when I was eating Kolok Mee at Kuching. Tak sangka pulak ini beritanya. Hee bodoh bodoh bodoh!

Bit by Bit of Kuching Trip;

Jumaat lepas, hati dah tak sabar dah nak melangkah meninggalkan opis. Apa lagi, dengan baju belum packing, nak mandi syampu rambut lagi, nak pilih kasut yang perlu dibawa. Dengan keretanya nak ditinggalkan. Tapi alhamdulillah semuanya selesai dan selamat. Cuaca pun terang benderang sepanjang perjalanan dan mendarat dengan selamatnya 2 jam kemudian. Malam tu kami tak kemana cuma makan malam di sebelah Sungai Sarawak dan pulang untuk tidur. Esok pula, bergerak ke India Street & China Street di Pekan Satok. Tak banyak kedai yang menarik tapi berjaya juga membawa pulang 2 bungkus beg plastik pakaian wanita, well... Hehe.Tapi aku suka kedai di jalan sitok, kedai-kedai lama yang cantik dan old-school. Best! Banyak kedai menjual cenderamata hasil kraftangan budaya dan kaum di Sarawak. Teringin saja aku membawa pulang satu atau dua topeng kayu berukir... tapi, aku penakut!Rugi pulak rasanya tak membawa pulang topeng merah jambu tu. Hish. Murah je tau, bawah RM20 kalau tak silap! Dan semestinya bila di Kuching, merata-rata ada kucing. Co-co-co-comel!!Okay cukuplah, sambungan cerita esok atau lusa bergantung kepada tahap kerajinanan. Haha adios! ;) Oh ya, setakat ni korang jeles tak? Jeles kan? I know :P

Hear Ye! Hear Ye!

Satu eksperimen. Jika mendapat sambutan pasti aku tambah lagi stok dan pilihan barangan. Anyway aku rasa macam nak demam je nih, selesema. Panas rasa badan. Dah telan ubat tapi belum ada kesan apa-apa pun. Bosan. Nak upload gambar tapi malas nak resize. Tahun depan lah jawabnya, sama kes macam gambar trip ke Jepun. Hah! Hmm, tentang blog eksperimen aku tu, kalau ada cadangan apa-apa boleh dicatatkan di bahagian komen. Sekian terima kasih.

Tak sihat T________T

PS: STILL SELLING SOME OLD STUFF HERE.

mini summary

Hello, aku dah pulang! Tapi aku sibuk, seawal 630pagi hari Sabtu lagi sudah menerima panggilan telefon dari kilang. Ada masalah di server. Ah, alamak terpaksa aku redirect masalah tersebut ke bos aku (mereka tak tahu aku pergi cuti-cuti malaysia). Semalam semasa di Kuching sibuk membeli-belah panggilan telefon lagi tentang bagaimana mahu update software di server linux itu. *tepuk dahi*.. Masa beginilah banyak kerja datang ya. Nasib baik ada 'kitab' catatan yang barangkali boleh dibuat panduan, walaupun yang sebenarnya yang faham penulisan cakar ayam dalam tu cuma aku haha. Hmmm...

Aku mahu memaparkan gambar, tapi kabel kamera rosak pula. Esok lah ya? Berpuas hati cuti aku kali ini. Terasa ingin pergi lagi. Bandung/Jakarta, nanti ya aku datang (pastinya bila aku dah cukup duit la) ;)

Bye!

p/s: I was here, but I didn't even so much as touch the mud. And I think I saw KinkyBlueFairy there..? Hmm.. I could be mistaken though.

Ciri-ciri Isteri Pilihan

Ceritanya begini, suatu hari di Kampung Pandan, Kuala
Lumpur,ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung
lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu
pun bawakla calon-calon yang dirasakan sesuai untuk
menjadi bakal menantunya,
dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya.Lalu
memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kut
yang >mana-mana dia berkenan...
CALON PERTAMA:
ciri-ciri : Kulit cerah, rambut ikal
mayang,pipi gebu,BUKIT besar.....
Pekerjaan : Operator telefon merangkap
receptionist

Si anak lelaki menolak calon pertama. Siibu
bertanya mengapa
dia menolak, lalu sianaknya pon berkata:
"Ala Mak...nih tak syiioookkkk....dia nih
selalu cakap
SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR"

CALON KEDUA:
Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat
dan besar,badan 100% bergetah, BUKITnya Just nice
Pekerjaan : Setiausaha
Lalu sianak lelaki berkata "Nih lagi tak
syyiiiooookkkk...asyik-asyik
HARAP BERSABAR...BERSABAR"

Siibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon
yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak
lelakinya...
lalu dia pon menjemput calon terakhir....

CALON TERAKHIR:
Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita,mata sepet
sikit, badan 99.99999%
bergetah, BUKITnya kurang memuaskan
Pekerjaan : Guru.
Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si
anak lelaki ini bersetuju
untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pon
pening kepala lalu bertanya
kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon
ini.Lalu anaknya pun memberitahu... "Hah! mak nih la syyiookkk sikit...kalau cikgu best
sikit..pasal diaselalu cakap
"ULANG SEKALI
LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH
NIH,BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI,
TERUSKAN..HAH..TERUSKAN DAH BETUL TUH..."

Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur
10 tahun menyampuk plak... "Bang!!!.....Konduktor bas
mini lagi bagus bang....
Diorang selalu cakap....
"NAIK CEPAT,NAIK
CEPAT...MASUK,MASUK..... MASUK LAGI, DALAM LAGI...DALAM
LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH, MASUK BELAKANG....BELAKANG LAGI,LAGI
BELAKANG SANA ...BELAKANG BANYAK KOSONG!...........

Kek & Kuching

Okay, sekarang aku sedang merancang satu kejutan harijadi untuk ze housemate! Aku membeli kek tiramisu, belon bulat dan panjang di carrefour malam semalam. Sepatutnya belon tersebut diikatkan di kerusi pejabat lalin sebelum lalin masuk ke opis tapi tak sempat sebab aku semput nak meniup belon. Terpaksa meminta tolong geng di opis. Hmmm... Rancangannya jam 10 ini rehat, aku suuruh dia pi rehat dulu dengan putir & lilia. Kemudian ikat belon-belon dengan benang dan lekatkan di kerusi lalin. Lepas tu keluarkan kek dari peti aiskrim Walk-In, letak atas meja dia sambil nyalakan lilin. Tahun lepas, kami agak kejam.. kerana telah... Wakenabeb kan si lalin. Mahahaha, dengar cerita dari tunangnya, dia menangis. Ayo sampai gitu sekali kami kenakan. Jadi tahun ni, I wanna makeup for it. Lagipun, I won't be here tonight.

I'll be flying off to never-never-neverland! Ya, Kuching here I come!
Lemme stroke your back like a lil pussy cat you are ;)

Ada cadangan tempat yang wajib dilawati/dimakan/dilihat di Kuching dan kawasan 100km radius darinya? Terima kasih..

entri bergambar

Kenduri perkahwinan sepupu sang kekasih keluarga sebelah bondanya, Sabak Bernam perkampuangan Jawa. Ramai yang amat hadirinnya, khabarnya kerbau/lembu ditumbangkan. Yang pastinya hidangan ala Jawa; gulai umbut masak lemak, serunding daging, gulai kurma daging, ayam goreng amat menyelerakan. Ehem telan air liur k menaip ni. Sedap, dan seronok melihat bonda kekasih gembira berjumpa keluarganya. Walau rasa agak kekok kerana bukan sebahagian dari famili tapi tak mengapalah I'm cool :PYang ini pula, Sang Puaka aka Fazlee Shah yang telah selamat bernikah dengan pasangan kekasih Intan di Tanjung Ipoh, N9. Aku terpaksa hadir kenduri di sebelah perempuannya kerana hujung minggu ini aku mempunyai urusan lain yang tak dapat dielakkan. Yang ini pun, hidangan masakan N9. Fuh, kecur air liur lagi. Hep, pantang sebut pasal makanan. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin ni. Hmm, cuma pelik kenapa ada patung yang memakai baju pengantin di kedua-dua belah pelamin dalam rumah tu ye? Memang kebiasaan orang N9 kah?
Selamat pergi shades putih inspirasi Juno McGuff ku.. Nanti makcik Shuz jaga awak baik-baik okay. Oh ya, itu kardigan ceri yang ditunggu-tunggu minggu lepas. Hehe :P

takde maknenye//hidup anda lebih bermakna dengan shades ala Juno ni.

Hari ni aku mengantuk sangat. Tiba di Bangi hampir jam 12 malam.. bertolak dari Hutan Melintang, Perak jam 7.30petang semalam. Penat beb. Jadi aku pun menghayunkan langkah ke Walk-In (kedai kecil dalam kilang). Cadangnya nak menghadap coklat cadbury atau apa-apa yang berunsur coklat. Supaya aku lebih segar dengan adanya mini refreshment tu. Sedang aku membelek-belek, kedengaran suara pelanggan di kaunter,

"Hamboi, mahalnya!!"

Semua orang macam senyap sekejap dan melihat apa yang terjadi. Aku, tanpa usul periksa dan tak berlengah lagi terus berpatah arang dari memilih coklat yang dah pastinya mahal terus menuju ke rak gantung kudapan 50sen. Angkat 2 plastik beg asam, letak RM1 kat kaunter. Blah.

Walaupun aku shopaholic(beli asam pun shopaholic ke?), tapi aku tetap gadis kilang yang kedekut. Sesiapa yang nak baucer RM10 Secret Recipe, sila tinggalkan alamat emel anda. Sekian harap maklum.

p/s: Sudahkah anda jokerize gambar anda?
pp/ss: Secret Recipe memang menyediakan promosi itu, tidak perlukan kupon/baucer. Saya dah menjamu selera tanpa segan malam semalam. RM10 (tidak termasuk cukai).
ppp/sss: <- obviously i'm joking and being lazy. Aku nak menjual ini: Baru saja aku terima dari gadis-gadis comel Trendy Confession hari ini. Tapi aku ingin membeli benda lain, jadi menjual pada harga pembelian iaitu RM15. Anda mahu?

hubung-an;

Beratnya rasa jemari dan otak berfikir untuk entry ke 101 ni. Lain macam punya berat tau. Kamu pernah rasa sesuatu? Tatkala berada dalam kelompok manusia yang sama buat beberapa ketika, kamu akan rasa lemas, rimas dan benci? Aku... mungkin antara manusia pelik yang mempunyai trait itu. Dilahirkan menjadi seorang penyendiri. Aku bukan sombong. Aku cuma kurang bercakap. Lebih selesa berada di sebalik skrin dan papan kekunci yang bisu ini untuk berkomunikasi. Sehinggakan bertemu kekasih di mIRC bertahun-tahun dahulu. Kronik kah? Tidaklah, bukankah ia lumrah normal generasi kini?

Yang kasihannya..bagi teman sekeliling yang berada di sampingku. Aku tampil kekok, biasanya kerana aku mencari ide untuk berkata-kata. Jika ditinggalkan berdua, aku tergaru-garu keresahan (tidaklah seteruk yang digambarkan, exaggeration semata). Lebih tenang jika bertiga atau berempat, ada buffer. Heh. Cuma aku paling selesa bila dengan dia. Pandai dia mengambil hati aku..

Jadi sekiranya kamu bertemu dengan aku di pertengahan jalan mahupun tepian, sudi-sudikanlah bertegur sapa kerana aku kadangkala terlalu asik dengan dunia angan-angan aku sendiri ataupun aku dengan malunya mengelak bertemu mata dek kerana khuatir tiada kata yang dapat diluahkan. Orang kata apa, blank sekejap. Aku tak sombong, percayalah. Jika pertolongan yang diminta, aku cuba sebaiknya untuk membantu (jika hal wang, umm itu harus difikirkan dahulu ya). Hehe :P

Kisahnya sekarang, teman serumah bakal meninggalkan aku. Dia akan meneruskan kehidupan ke tapak tangga lagi satu, sebagai seorang isteri. Wow, tak sangka aku. Dah dua dekad lebih hidup rupanya. Ramai rakan-rakan sudah mengikat tali pertunangan, bakal menjadi suami atau isteri orang. Aku? Hep, lambat lagi.. banyak perkara yang perlu diselesaikan. Usah gusar, aku belum lupa, jika tiba harinya pasti diumumkan. Sebelum tu, bulan Oktober ni siapa nak menjadi peneman aku di rumah? Hmmm....

p/s: malam ni aku tengok Hancock. Sila cemburu sekarang.

sebenarnya ada je event yang fun dan menarik;

Sabtu lepas:
Urbanscapes; Bijou Bazaar's lil hilltopmushroom jack fajitas!

Ahad lepas:
kucing comel RM4 beli di Urbanscapeslunch di oldtown kopitiam yuk?


*sigh*
Tak sangka dah masuk bulan Julai kan, dah berlalu setengah tahun untuk 2008 ni... Oh ya, aku dah menonton Wanted malam semalam. Sangat best! Nak menonton lagi :)