Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

sesekali pergi menghabiskan duit

Ada apa dengan Steve Madden? Hmmph! Sandal di atas telah membuktikan kaki aku leper dan kembang macam itik. Tidak mahu. Semalam hari Bowling Tournament untuk kompeni aku. Aku datang awal kononnya nak cuba membaling sekali dua tapi freaked out lalu memberi peluang Yoyo untuk praktis. Bosan melihat mereka bermain aku pergi ke berjalan dengan perut lapar. Si gadis tengah hangat bercinta pergi makan bersama sang tunang dan mendapatkan aku setelah kekenyangan makan masakan ibunya. Kemudian kami gerak ke sebuah salon yang aku pernah lihat membuat servis manicure & pedicure. Si gadis kan akan naik pelamin hujung bulan Oktober, jadi inginlah dia membelai kuku di tangan dan kaki. Aku pun turut serta membuat pedicure dan tidak manicure kerana tangan sibuk mengunyah jejari kentang McDonald's.

Agak menarik, pertama kali aku lakukan pedicure. Si gadis sehingga luka berdarah jari tangannya, wow. Seronok dibelai sehingga tak sedar masa berlalu. Tambah lagi melihat kuku yang dah berkilat digilapkan dan dititis Vitamin B. Mmmm..nyum.

Rasa nak pergi shopping lagi.. Oh, pakaian untuk kenduri Anna masih belum dicari. Jika tidak, kebaya biru raya tahun lalu aje aku balun.

2 comments:

  1. dkat vincci pun ade kan? tengah sales 50%.

    ReplyDelete
  2. aah yes, was talking about that vincci & nose punye :)

    tak sesuai la i pakai.. hehe

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)