one night in putrajaya, after i just got my holga. used it's soft surround filter combined with p5000's b&w setting.
Tiga hari yang lalu merupakan tarikh ulangtahun kami, tahun ini genap lima tahun kami bersama. Tapi aku tak sedar langsung, tiga hari lepas aku dapat rasakan sesuatu yang spesel berlaku pada tarikh tersebut tapi aku tak teringat langsung pasal ulangtahun. Siap bukak frenster untuk periksa tarikh lahir siapa agaknya ya *tepuk dahi*. Malam semalam dia menyumpah-nyumpah terpaksa pulang lewat kerana ditahan oleh bos. Banyak kerja yang tiba-tiba mendatang. Hmm, aku pelik juga kerana selalunya dia tak kisah dan menjalankan tugas dengan cekap dan pantas. Dia merungut bilamana aku merungut mahu pulang. Tapi semalam terbalik pulak. Aku tak syak pape. Bila pulang dia cakap dia marah sebab dia ada plan lain malam ni. Plan ape pulak, selalunya apa-apa mesti diceritakan. Ada reservation katanya.. Eh reservation apa?? Dia terlepas cakap dalam separa kemarahan, menyatakan bahawa dia ada membuat tempahan meja candle light dinner untuk dua di Marriott.. Terus aku ingat tarikh tersebut! Ahah! Malu sendiri kerana terlupa tarikh keramat. Dah tua rupanya. Chait. Tapi kami pun dah pulang lewat maka tidak sempat nak menjamu selera di sana. Ayam Fujiyama Adam saja pengubat hati...
Howeverrrrr, dia kata ada Plan B! Malam ini, kemana ya kita?
Awww I love your header! Suits the blog very fine.
ReplyDeletebtw, selamat aniversari. Moga berkekalan ke anak cucu. Cepat deh kawen, lepas ni pikirla pasal loan rumah pulak.
congratulations :)
ReplyDeletesweetnya naz. boyfriend i tak pandai benda-benda macam ni. :(
thx dit! i see your website is up & running eh? woo amacam bisnes?
ReplyDeletethx again.. tgh pening nih fikir psl tu, org ckp harga rumah siap turun skang. brite baik ;)
awww shuz, mana tahu one day dia surprise you!
ReplyDelete