Menyesal pula aku browse ke sana dan kemari melihat butik-butik online yang ada, pastinya aku tiada peruntukan untuk membuat pembelian sewenang-wenangnya. Wang aku cuma cukup 100 sahaja seminggu sehingga hujung bulan -selepas ditolak wang kenderaan kesayangan. Jika diikutkan, sudah negatif kerana pinjaman kad plastik yang belum dibayar. Ah itu tak mengapa, asalkan aku belum kena bunganya!
Tiba-tiba teringin pula untuk membuat kek cheese oreo, tapi aku tiada ketuhar pembakar. Dulu aku sangat rajin membuat kek batik aka kek biskut marie lalu dibawakan ke opis. Memang kegemaran rakan-rakan, mereka lah kata aku dengar je :P . Cuma untuk kek oreo ini, dimana ya boleh dicari krim keju? Ada ya di bahagian beku di cold storage atau carrefour? Mulut aku kepingin makanan yang manis ala oreo dan masam likat ala keju. Mengada kan, biasalah bila nak tiba kitaran haid, yang pelik saja diingginkan.
Tapi, teringat pula kuay teow special depan pasaraya OKT di Puchong Prima tu, ala dekat rumah si Tompok. Enam ketul udang! Beberapa biji kerang! Kuah yang pahit arang manis udang dan telur! Umph, nyum. Lain kali saja, malam ini tidak mungkin. Esok masih perlu clock-in jam 6pagi lagi. Aku tidak mahu terlalu kepenatan.. walaupun hakikatnya memanglah penat kan?
Kucing tak elok makan udang, betul ke?
Do you know where Al-Ikhsan is, In Sek 9 BBB? Well along the line of the shops there,ada satu bakery shop called "Yummy" or something.
ReplyDeleteGet your stuff for the Oreo cheesecake there. Cheap & affordable price and my family & I would rather buy baking stuff from that shop.
Good luck!
:D
oh thanks dd for the info! i'll definitely try :)
ReplyDelete