Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

press depress supress success

BACA INI.

"Minyak naik harge kite takleh nak tahan, tapi pembaziran kerajaan kite kene stop", kata si dia cuba menenangkan. Ikutkan hati aku memang aku dah baling keyboard ke dinding. Yeah i kinda realize i have that problem. Tapi sekarang aku bukan nak cerita pasal aku. Aku nak cerita pasal 'mereka'. Masa kecik-kecik dulu masuk sekolah, pergi kelas perkara pertama yang cikgu ajar adalah apa? Disiplin. Aku tau lah aku pernah jadi cikgu satu ketika dulu. Tak cukup dengan jeritan bagai nak tercabut anak tekak, terjojol mata cikgu laki pompuan segala, siap bawak rotan ke sana ke mari, cubit dengan kuku tajam semua lah ada. Pelbagai gaya pelbagai ragam. Semuanya untuk mendisiplinkan anak-anak. Supaya mereka ni jadi anak bangsa yang berguna! Pekat ilmu di dada! Tinggi kepimpinannya! Patuh dengan rukun agama! Aku tahu, setiap guru pasti berdoa yang baik-baik aja untuk anak didik mereka. Takde yang buruk, tak sampai hati ni dek non nak doa yang tak baik. Tuhan makbulkan nanti, bersalah pulak menganiaya manusia! Sekurang-kurangnya salah satu ajaran patut melekat di jiwa anak didik bukan? Takkan semua punah, masuk telinga kiri keluar telinga kanan? Jadi, apa nak jadi dengan generasi pemimpin kita sekarang...? Mengarah orang berdisiplin sedang diri sendiri leka dengan khayalan syurga buatan sendiri. Beginikah balasan kamu untuk bangsa dan negara?

Aku kecewa.

Tolonglah, somebody tolonglah ingatkan 'mereka' pelajaran darjah satu semula. DISIPLIN! ....