Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

dah kena jangkit

Sweet mother of bambis and ducks!

I have eternally forgotten how freaking nice it is to be shopping 'offline'! Also, I forgot a few items that I thought I would get back to which I didn't and now I can't stop thinking about them. Especially because they are all dirt cheap!

Aku dah lebih sebulan dua atau mungkin lebih dari itu tidak membeli-belah online kerana aku rasa sekali tergigit selama terjangkit (cewah). Bulan lepas, duit bonus banyak aku habiskan ke arah kamera-kamera plastik aku. Baju sehelai pun tak beli. Aksesori atau kasut tak dipandang langsung. Kesimpulannya, almari baju aku kekal sahaja begitu sepanjang bulan. Harini disebabkan keterpaksaan, aku melangkah ke Midvalley. Tak bertemu dengan bonda mahupun adam kerana mereka rupanya dah bergerak ke kenduri kahwin. Itulah padahnya dropping in without telling. Kalau jejaka botak tahu, mesti dia ketawa kemudian memberi nasihat panjang. Sempat bersua dengan Adrina saja kerana dia demam lalu ditinggalkan bersama pasangan mertua kakak aku.

Mula-mula aku cuma ingin ke kedai-kedai wajib sahaja iaitu the hightstreet stores & kedai kasut keluaran tempatan tapi lepas tu aku berulang-ulang kali datang kerana membanding harga (memang peelnya begitu). Seronok juga jalan berseorangan kerana tak perlu risaukan orang risaukan kita atau tak perlu bertanya pendapat orang, tepok dada tanya selera saja. Bila dah berpuas hati, aku pun membuat transaksi. Fuh best weh! Tapi lepas bertemu gadis comel penjual sandal gladiator, aku cuma berjalan tanpa tujuan. Bila berjalan tanpa tujuan cepat pula terasa penatnya. Haih sehingga terlupa sandal ala Steve Madden yang aku temui tu. Rasa macam nak dapatkan esok juga! Tren penuh pun gua dah tak kisah lah! Heeee...hmmm tapi esok ada rancangan lain. Harapnya di tempat yang aku pergi esok ada sandal itu.

Nak lihat sandal gladiator kontroversi itu? Aku memakainya di rumah sepanjang malam :P
Ignore saja si Elmo pemberian kanak-kanak di pejabat. Elmo bersalut rantai mutiara 4-tier RM6 dari Diva. Oh yeah bebeh, you doin' it rite ;)

3 comments:

Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)