Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Vintage Feeling

Hari ini baru aku terasa seperti ingin menulis, hari-hari kelmarin berat rasanya hati. Aku masih memikirkannya, tentang aku yang bacul menyusun ayat mengenai dia. Blog dia tidak lagi aku kunjungi kerana aku rasa sedih dan bersalah. Tiada makna pun perbuatan aku tu tapi perasaan aku menolak untuk pergi ke sana. Ingin saja aku menghantar teks pendek dan mengajak reconcile. Ini umpama satu ketika dahulu, aku yang menjauhkan diri tatkala ku rasa tidak diperlukan atau selepas satu insiden yang membuat seorang sahabat kecewa, walaupun yang sebenarnya bukan salah aku namun aku yang melarikan diri sudah cukup untuk meninggalkan kesan pada dia. Dan aku masih tak berupaya untuk bercakap dengan gadis itu dalam tona yang sama, begitu juga dia terhadap aku. Berpanjang-panjang lebar soalan dan penerangan dibolak-balikkan pabila beberapa tahun kemudian aku tekad menghubungi dia melalui friendster. Tiada yang sama sejak itu. Kami tidak akan bergerak sehaluan, gadis itu nekad membenci aku.

Tulusnya aku tidak ingin perkara yang sama berlaku dengan lelaki itu. Mampukah aku?

I had nothing to begin with, and now after that act of speaking callously, I still have nothing; yet I felt lonelier and lost than I was before.

Ah, mungkin aku terlalu banyak berfikir.

Yang sebenarnya perenggan di atas bukanlah tujuan aku menulis hari ini, aku ingin menyatakan kegembiraan aku. Aku dah berjaya memenangi bid di Ebay untuk dua biji Smena 8m Lomo. Aku hanya perlukan satu tapi dah termenang dua pula, jadi yang lagi satu itu aku akan jual kepada yang berminat. Tak mengapalah, aku ambil yang lebih mahal sedikit sementelah aku yang careless. Penjualnya dari yang sama saja tapi aku ragui dia akan faham jika aku menolak untuk membayar sesuatu yang aku dah menangi, he's a russian with a deep heavy accent! Should I blame him? Heh.. Yang pastinya aku teramat gembira dapat memiliki salah satu kamera Russian yang vintage. I can't freaking wait to have that bitch in my hands!

Hahahahahahahahaha!

8 comments:

  1. sometimes, u make me feel so old.

    -____-'

    ReplyDelete
  2. wow! memang menarik kamera neh. tingat masa keja dulu, kena hafal cakap thanks in russian heheheh

    btw, beb, tulisan in your blog kecik ahkak artgeex kena rapattttt kat skrin nak baca

    ReplyDelete
  3. kak rona! ade org dah book for rm75. sorrryyyy...

    nape ahkak kene blajo bahse russia? peliknye. sorry la ahkak, mesti resolution monitor ahkak besau nih. change zoom level kat IE or besaukan font size kat firefox :P~

    ReplyDelete
  4. where hath you been? anyway murahnya jual?

    ReplyDelete
  5. poke poke poke ... mana entry baru? thehehee

    ReplyDelete
  6. i cuti2 malaysia, that was the original price from ebay, including shipping from russia.

    but urgh belom sampai. LAMBATNYA!

    :'(

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)