Hari ni aku gilanya takde mood.
Sejak dua menjak ni aku teringin makan chocolatey foods dan aku suarakan kehendak aku pada si driver. Tak sangka pulak aku selepas menghantar aku pulang ke rumah semalam, dia menuju ke Secret Recipe sebelum gerak ke dinner department dia. And then tengah malam aku mendapat call..
"Nak tau, i bought you a chocolate cake from Secret Recipe..."
"YE KE!! Eeeee baiknya!"
"Yeah, ada satu benda lagi.."
"Um hum?"
"Kereta kita kena langgar....."
"HAH!!????!!"
Selepas beberapa minit of silence.. dia menerangkan bagaimana kereta kami tiba-tiba dilanggar di simpang masuk masa on the way ke Secret Recipe. Hujan, gelap. Kakak tu keluar mintak maaf, anak-anak dia keluar dari kereta and nangis dalam hujan. Kakak tu cakap husband dia takde, dah la baru lepas gaduh ngan husband. Dia mintak settle this morning. Si driver pun berlembut hati setuju aje selepas bertukar-tukar business card.
Mendengarkan semua tu, mengalir air mata aku. Hujung bulan lepas, tayar kereta kami pecah. RM170 nak beli tayar baru and alignment/balancing apejadah. Itu takpela aku terima je sebab salah kami mungkin, jalan slow pulak time kat tempat lubang durjana tu. Takpe dah nak kena. Tak sampai dua minggu ..ini pulak?? Tidur aku terganggu sepanjang malam, marah sedih kecewa risau bengang semua ada. Aku tumbuk-tumbuk bantal tidur. Marah sangat, sakit hati tak terkata. Bengkak mata aku bila bangun sebab kurang tidur and menangis kecil.
Bila dah pagi kami decide tak nak masuk kerja and settle kan semua masalah ni, mintak kakak tu bayar and tak perlu report polis. Tak terkata rasanya, masing-masing senyap je dalam kereta.
"Hello, assalammualaikum. Ni Puan Habibul Aziz ye?"
"Ye, ni budak yang langgar kereta saya semalam tu ye?!"
"Eh!"
"Takpe-takpe, pukul 9 karang kita jumpa. Skang saya nak hantar anak pergi sekolah ape sume."
"O, ok. Jumpe kat tempat accident semalam ye?"
"Nanti saya call awak balik."
"Ok."
BABI. BABI COCKSUCKING SWINDLING SLITHERING MADAFAKER BITCH.
Seperti yang dijangka, dia dah pusing cerita. Mesti dia dah cakap kat husband dia yang si driver langgar her car. Rrrrrrrrrrite. Bila berjumpa, aku tengok kakak tu bukan main baik pakai tudung labuh litup, berstokin dalam sandal, berjubaha separa lutut dan slack. Senyuman dan salam erat dihulurkan, aku sambut. Tapi aku seperti tau kemana halanya perbincangan ni.
The husband who was not there yang bercakap lebih banyak dari sepatutnya. "O, saya pun tak tau la berapa harga pintu kereta saya kan. Tapi kita boleh pegi estimate."
WHAT.
Dengan mengugut bahawa berdasarkan kecederaan kereta masing-masing, kereta kakak tu paling teruk kena dan kalau bawa ke balai polis sudah pastinya mereka akan menang. Kami tak puas hati, abang tu menuduh kami yang meminta tangguh dari settle malam semalam. FITNA!
Abang tu menuduh kami yang melanggar kereta dia walhal bini dia sendiri terus keluar dari kereta memohon-mohon maaf. FITNA!
Kakak tu siap lukis lakaran peta dan kedudukan kereta kami yang dah diputarbelit. FITNA!
FITNA! FITNA! FITNA!
Ok kalau camtu kita settle la kat balai. Abang tu cakap dia nak buat report petang, tak nak buat report sama-sama coz dia ada hal.
Ok FINE. Tengok2 bila kami sampai balai polis, perempuan durjana tu dah ada kat sana. Lidah bercabang macam ular.
Buat repot.
Jumpa Sarjan, terangkan kejadian.
Tangkap gambar kereta.
Pergi tempat kejadian bersama Sarjan, tangkap gambar kejadian.
Belanja Sarjan dan rakan-rakan makan nasi beriani Ghazal. (Terpaksa la kan, since dah memang lunch hour. Melayang RM50.)
Balik.
Jam 3 lebih, Sarjan dah call..
"Aku dah kompaun pempuan tu, biar padan muka dia!"...
HAHAHAHAHHAHAHAHA, who has the last laugh now BITCH?
p/s: sedikit sebanyak puas hati aku, walau sedikit sedih sebab kereta baru dah tak berapa baru. kesian WQR. kesian Wan Qamariah R. Sob sob sob li....