Aku tak tahu kenapa tapi penulisan seseorang ni senantiasa sentiasa sentiasa menimbulkan amarah aku, walaupun ianya tiada kaitan secara langsung terhadap aku namun seseorang itu juga pernah menyakitkan orang-orang yang aku sayang satu ketika dahulu. Jadi, acapkali tika aku membaca penulisannya (biasanya hanya jika aku sedang terlalu bosan melayari internet), ada sahaja yang tak kena tentang dunia.. ada saja yang cacat di pandangannya mengenai orang lain.. ada saja yang menimbulkan jelek di minda (sempit) seseorang itu.. kenapa ya? Sehingga aku sendiri naik mual terhadap dirinya.
Perlukah terlalu banyak kebencian terhadap dunia? Jika ya, akan berubahkah dunia jika kata-kata nista dilontarkan kepada golongan-golongan yang dipandang sinis? Jadi, duniamu saja yang sempurna, begitu? Jadi mereka yang di sekelilingmu sahaja yang hebat, begitu? No man is an island, my friend. Terimalah hakikat that the road goes two ways.
Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.
Mungkin aku yang terlalu optimistik sehinggakan benci mereka yang pesimis.
Mungkin aku tak suka road bully.
Atau in this case, blog bully.
Hah!
Aku harap sangat seseorang itu berubah, berhenti menulis domba di belakang dan tersenyum simpul bila bertemu. Ianya.... somewhat, ya know, menjengkelkan.
yea, selalu jumpe those ppls camni kat blogsphere, never grateful of being alive on this earth. sume org ada msalah, but plis laa, look on the bright side..kan?
ReplyDeletecenyum shelalu...
;-)
"Jadi, acapkali tika aku membaca penulisannya.."
ReplyDeletewow. first time I dengar ayat "acapkali" and "tika"! :p
Oh and I rasa org tu boleh berkawan dgn seseorang yang I kenal dan tidak lagi berkawan. Dia tu sgt pesimis. Pastu selalu cakap org lain bodoh dan berlagak seperti dia tu perfect sgt. Pikiran pon negative tahap cipap! Rasa mcm nak campak baldi penuh air cili je -_- Lepastu hari hari nak mencari keburukan org lain di myspace (walaupon tak kenal).
Kadang kadang manusia memang mudah lupa diri